Utusan Borneo (Sabah)

Kastam tahan lelaki bawa dadah bernilai RM900,000 di KLIA

-

NILAI: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup masuk 20 kilogram dadah jenis ketamine bernilai RM900,000 gagal apabila ditahan oleh anggota Cawangan Narkotik JabatanKas­tamDirajaM­alaysia (JKDM) di Lapangan Terbang Antabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Penguatkua­saan dan Pematuhan), Datuk Zulkifli Yahya berkata dadah berkenaan dalam dua bungkusan ditemukan disorok di dalam bagasi milik lelaki berusia 37 tahun itu selepas tiba dari Mumbai, India, pada kira-kira 10.45 pagi, 13 Okt lepas.

Hasil pemeriksaa­n ke atas suspek menjumpai dua bungkusan mengandung­i serbuk berwarna coklat di dalam bagasinya dan suspek mendakwa serbuk tersebut adalahserb­ukkunyitya­ngdibeli dari sebuah pasar raya di India untuk dijadikan sebagai bahan campuran untuk menghasilk­an minuman kesihatan,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Hasil ujian saringan awal Jabatan Kimia mengesahka­n sampel serbuk berwarna coklat itu adalah dadah ketamine, katanya.

Zulkifli berkata suspek, seorang pemilik pusat karoke, turut didapati positif dadah dan sedang dalam tahanan reman sehingga Isnin depan.

“Siasatan juga sedang dijalankan sama ada suspek ini keldai dadah atau bukan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. - Bernama

 ??  ?? ZULKIFLI (tengah) menunjukka­n dadah jenis ketamin seberat 20 kilogram bernilai RM900,000 ketika mengadakan sidang media di Pejabat Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Kampung Jijan Tengah pada Khamis. GambarBern­ama
ZULKIFLI (tengah) menunjukka­n dadah jenis ketamin seberat 20 kilogram bernilai RM900,000 ketika mengadakan sidang media di Pejabat Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Kampung Jijan Tengah pada Khamis. GambarBern­ama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia