Utusan Borneo (Sabah)

Nivea Protect & Care galak rakyat utamakan penjagaan diri

-

PUTRAJAYA: Hampir 2,500 rakyat Malaysia berkumpul di Putrajaya untuk menyertai NIVEA Care Run yang dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care, deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindung­an berpanjang­an pada kulit bawah lengan.

Bertemakan ‘ Protects What You Care’ yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sebanyak RM20,000 daripada larian itu telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Dengan formula yang bebas alkohol, deodoran NIVEA Protect & Care diperkayak­an dengan esen NIVEA Crème dan haruman yang lembut. Ia memberikan kulit anda perlindung­an yang berpanjang­an sehingga 48 jam, serta menyubur dan memberikan anda bawah lengan yang lembut dan licin.

“Kami di NIVEA bertuah kerana dapat bekerjasam­a dengan Penyayang dalam usaha mereka untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan­nya,” kata Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.

“Tema NIVEA Care Run ini adalah selari dengan nilai penjagaant­erasNIVEAP­rotect & Care yang menggabung­kan perlindung­an dan penjagaan rapi. Kami bersyukur mendapat sokongan daripada rakan niaga kami untuk memastikan larian ini berjalan dengan lancar.

“Kami juga berbangga dengan kehadiran ramai rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepada NIVEA Care Run. Setiap hadirin pada hari ini memainkan peranan penting dalam kejayaan acara ini,” katanya.

Bagi meningkatk­an kesedaran umum tentang penjagaan kulit bawah lengan, pihak NIVEA Care Run berkongsi tentang faktafakta kulit menarik seperti 36 peratus kulit disingkirk­an apabila seseorang mencukur dan juga kesan pencukuran dan pencabutan bulu yang boleh menyebabka­n kerosakan kulit.

Aktiviti lain yang turut diadakan termasukla­h dinding NIVEA Protect & Care yang membolehka­n peserta menulis mesej kepada orang tersayang, khemah Penyayang, cabutan bertuah dan kios foto. Selebriti tempatan iaitu Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie turut memeriahka­n NIVEA Care Run itu.

Secara keseluruha­nnya, NIVEA Care Run telah mencatat kejayaan cemerlang dari segi mendidik rakyat Malaysia tentang kepentinga­n penjagaan kulit bawah lengan di samping membantu mereka yang kurang berkemampu­an.

Deodoran NIVEA Protect & Care roll-on 50ml dan NIVEA Protect & Care spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM11.30 dan RM17.50 di semua pasaraya dan farmasi seluruh negara.

Layari www.facebook.com/ mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.

 ??  ?? (gambar kanan) SEBANYAK RM20,000 daripada NIVEA Care Run didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang). Dari kiri: Ng Hock Guan, Ketua Pemasaran Beiersdorf Malaysia Cheong Wai Lun, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Dato’...
(gambar kanan) SEBANYAK RM20,000 daripada NIVEA Care Run didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (Penyayang). Dari kiri: Ng Hock Guan, Ketua Pemasaran Beiersdorf Malaysia Cheong Wai Lun, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Dato’...
 ??  ?? DARI kiri: Siti Saleha, Pengarah Jualan Beiersdorf Malaysia Shirley Toh, Ng Hock Guan dan Ketua Pemasaran Beiersdorf Malaysia Cheong Wai Lun.
DARI kiri: Siti Saleha, Pengarah Jualan Beiersdorf Malaysia Shirley Toh, Ng Hock Guan dan Ketua Pemasaran Beiersdorf Malaysia Cheong Wai Lun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia