Utusan Borneo (Sabah)

Mengapa masih terpedaya skim cepat kaya?

-

MUFLIS dan mahu bunuh diri angkara skim cepat kaya, ini antara penangan kerana terlalu percaya kepada janji manis penyangak pelbagai jenis pelaburan yang begitu licik memperdaya­kan mangsanya.

Kes 1: Rashdan (bukan nama sebenar) memiliki segala-galanya. Jawatan besar, gaji RM8,000 sebulan, ada isteri dan anak, wang simpanan serta rumah. Kehidupan beliau berusia 39 tahun ini boleh dikatakan serbaserbi lengkap.

Ketiga-tiga anaknya malahan mempunyai caruman skim perlindung­an insurans.

Pendek kata, soal kewangan tidak menjadi masalah buat beliau.

Namun, kehidupan Rashdan berubah secara drastik apabila didatangi rakan lamanya yang menjanjika­n keuntungan lumayan menerusi satu skim pelaburan.

Begitu mudah beliau mempercaya­i janji pulangan besar sehingga menyerahka­n ratusan ribu kepada rakannya itu.

Bukan setakat diri diisytihar muflis, Rashdan juga hilang saudara-mara, harta, paling parah isteri dan anaknya.

Kes 2: Bakar (bukan nama sebenar) berusia 28 tahun dan bekerja di sektor awam, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Bukan sekali beliau terpedaya dengan skim cepat kaya tetapi beberapa kali!

Harapan menggunung tinggi dapat mengumpul wang untuk membayar balik hutang, beliau terus terperangk­ap sehingga hutang sudah keliling pinggang termasuk menggunaka­n wang simpanan ayah dan ibunya sendiri.

Tertekan dengan keadaan sudah jatuh ditimpa tangga ini, Bakar sehingga terfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya.

Pada awal Oktober lepas, media melaporkan untuk tempoh Julai 2013 hingga September lepas, terdapat sebanyak 24 skim pelaburan cepat kaya di negara ini melibatkan kerugian sekitar RM4.4 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dipetik sebagai berkata dalam tempoh itu, pihaknya menerima lebih 2,500 laporan membabitka­n

1.7 juta mangsa bagi kes penipuan berkenaan.

TRAGEDI RASHDAN

Kisah Rashdan dan Bakar ini adalah antara kes yang sampai kepada Shaari Anuar, perunding saham amanah.

Mangsa penipuan skim cepat kaya yang berkongsi kisah tragik mereka dengan beliau rata-ratanya adalah rakan Facebook beliau dan pelanggan syarikat saham amanah di mana beliau bekerja.

“Mereka tidak malu atau segan menceritak­an kisah malang mereka kerana tidak mahu orang lain menjadi mangsa penipuan skim cepat kaya, “kata Shaari.

Menceritak­an lebih lanjut kisah Rashdan, ia bermula sebaik sahaja dia menyerahka­n sejumlah wang bernilai lebih RM500,000 kepada rakannya untuk dilaburkan ke dalam satu skim yang menjanjika­n keuntungan secara bulanan sebanyak 10 peratus.

Terpedaya dengan komisen dijanjikan, habis segala simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji, duit untuk bawa ayah dan ibunya pergi umrah serta simpanan isteri dilaburkan­nya ke dalam skim itu termasukla­h wang saudara-mara.

Untuk tiga bulan pertama, setiap keuntungan yang dijanjikan memang diperolehi.

Rashdan hanya sedar ditipu selepas tempoh tiga bulan itu.

Paling menyedihka­n, dia mendapat tahu wang saudara-mara yang dilaburkan­nya bukanlah simpanan mereka tetapi ada yang meminjam daripada emak, ayah, bank dan duit KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

“Untuk membayar balik wang berkenaan, Rashdan terpaksa menjual rumah serta pelbagai gajet anak yang dibeli sewaktu zaman senang.

“Keadaan bertambah buruk apabila salah seorang anak mereka sakit dan memerlukan perbelanja­an banyak.

“Jika sebelum ini ada perlindung­an insurans tetapi sejak terjebak skim berkenaan mereka sudah tidak mampu bayar premium bulanan.

“Akhirnya isteri terpaksa meminta cerai dan membawa anak balik ke kampung kerana sudah tidak tahan lagi dengan masalah kewangan kritikal dihadapi,” cerita Shaari di akaun media sosialnya yang dikongsi dengan Bernama.

BAKAR TERJERAT

Bakar yang memang mempunyai pekerjaan mengakui sikap tamak dan ingin cepat kaya membuatkan beliau terjebak menyertai skim piramid popular ‘swisscash’.

Wang RM150,000 yang dilabur bukan wang sendiri, sebaliknya pinjaman termasuk daripada ah long.

Bukan sahaja wang pelaburan itu lebur begitu sahaja tanpa ada imbuhan, dia juga perlu membayar balik pinjaman yang memakan 50 peratus daripada wang gajinya!

“Bakar mempunyai seorang anak dan isteri tak bekerja.

“Memang teruklah keadaan mereka,” kata Shaari sambil menambah, dalam keadaan yang terhimpit itu Bakar mendapat pula tawaran menyertai skim menternak ikan juga menjurus kepada skim piramid.

Berpegang kepada prinsip untuk terus mencuba, Bakar sekali lagi melabur dan kali ini meminjam RM30,000 daripada emak dan ayahnya.

“Bulan pertama dan kedua dapatlah bayaran, bulan ketiga penganjur pun lesap.

“Hidup semakin tertekan sehingga diserang penyakit darah tinggi,” jelas Shaari.

“Isteri yang pada mulanya ingin berpisah dan balik kampung bersabar lagi dan bekerja di kedai makan untuk menyara kehidupan.

“Tak serik dengan apa yang berlaku Bakar terjebak buat kali ketiga.

“Niatnya mahu dapat keuntungan untuk bayar balik hutang.

“Kali ini beliau pinjam dari syarikat pinjaman berlesen, namun skim emas yang dilabur juga lebur,” kata Shaari.

Hidup Bakar, tambah beliau cukup tertekan sehingga ada kalanya terfikir untuk membunuh diri!

MUDAH TERPEDAYA

Nasib yang menimpa Rashdan dan Bakar bukanlah cerita baharu malah mungkin hampir sama dengan ribuan mangsa skim cepat kaya yang sudah wujud berdekad lamanya.

Bagaimanap­un, suatu fakta menarik mengenai kes Rashdan ialah dia ada pelajaran dan berjawatan tinggi dan juga celik perihal kewangan (turut mempunyai saham amanah) tetapi mengapa masih boleh tertipu?

Dalam hal ini, Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berkongsi pandangann­ya dengan Bernama.

“Jenayah tidak mengenal siapa, ramai yang berpendidi­kan tinggi dan mempunyai kelas sosial yang tinggi turut menjadi mangsa penipuan skim cepat kaya.

“Ini kerana sikap ambil mudah berkaitan pelaburan yang bakal diceburi dan sikap inginkan keuntungan segera dalam masa singkat, tamak, menye-babkan mereka mudah terlibat dalam skim begini,” kata Mohamad Fazli.

Bagi golongan ini tambah beliau, soal wang atau modal untuk pelaburan bukan menjadi masalah penting tetapi yang lebih utama keuntungan lumayan.

Tambahan ciri skim yang dikatakan mudah, fleksibel, pulangan tinggi dan sebagainya menjadi tarikan kepada bakal pelabur.

“Selain daripada isu tamak, tidak semestinya mereka yang berpendidi­kan tinggi mempunyai pengetahua­n dan kemahiran dalam soal pelaburan (literasi kewangan).

“Tambahan pula, jenayah penipuan mengutip deposit tanpa lesen ini sentiasa mencari kaedah baharu dari semasa ke semasa terutamany­a untuk meyakinkan orang ramai supaya menyertai skim mereka,” katanya yang juga pakar kewangan. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia