Utusan Borneo (Sabah)

Pekema sambut baik Bajet 2018

Jambatan baharu LabuanMenu­mbok jana sosioekono­mi rakyat

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) cawangan Sabah menyambut baik Bajet 2018 berkaitan pembinaan jambatan baharu bagi menghubung­kan Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Presiden Pekema Cawangan Sabah Ridzuan Haji Lassim berkata ia merupakan satu langkah produktif kerajaan dalammemac­uperkemban­gan sosioekono­mi rakyat Sabah dan Labuan untuk masa akan datang, terutama peluang pekerjaan, kedatangan pelancong dan sebagainya.

“Bagi pihak Pekema, ini sudah tentu akan meningkatk­an lagi peratusan penjualan kereta import kepada rakyat di negeri ini pada masa akan datang berbanding ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan beg sekolah daripada Yayasan Pekema melalui Pekema Cawangan Sabah dengan kerjasama Pemuda Umno Bahagian Keningau di salah sebuah hotel di sini.

Tambah beliau, pelbagai inisiatif Bajet 2018 bukan sahaja memberi manfaat kepada semua golongan rakyat di negara ini malah turut memberi pelbagai kemudahan prasarana untuk kemudahan rakyat.

Dalam pada itu, Ridzuan Pekema turut menjalanka­n program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) setiap tahun bagi membantu golongan yang ditimpa musibah dan yang memerlukan.

Katanya, baru- baru ini pihaknya telah menghantar bantuan kepada mangsa ribut taufan di Kota Kinabalu, Tuaran, Kudat dan juga Kota Belud dengan menyumbang­kan bantuan kewangan.

“Program penyampaia­n beg sekolah ini turut diadakan di Ranau baru-baru ini manakala program di Keningau melibatkan sebanyak 250 beg sekolah disampaika­n kepada para pelajar sekolah menengah dan rendah serta anak yatim piatu,” katanya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Hj Sairin Karno, Ketua Polis Keningau DSP Ahmad Jawila, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil dan Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nadzri Nik Zawawi.

“Ia merupakan satu langkah produktif kerajaan dalam memacu perkembang­an sosioekono­mi rakyat Sabah dan Labuan untuk masa akan datang, terutama peluang perkerjaan, kedatangan pelancong dan sebagainya. Bagi pihak Pekema, ini sudah tentu akan meningkatk­an lagi peratusan penjualan kereta import kepada rakyat di negeri ini pada masa akan datang ” berbanding ketika ini. RIDZUAN HAJI LASSIM Presiden Pekema Cawangan Sabah

 ??  ?? PARA pelajar sekolah bergambar dengan tetamu jemputan selepas menerima bantuan beg sekolah.
PARA pelajar sekolah bergambar dengan tetamu jemputan selepas menerima bantuan beg sekolah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia