Utusan Borneo (Sabah)

Majukan industri bioteknolo­gi, kembangkan ekonomi Sabah

Saranan Linda bagi kembangkan ekonomi Sabah

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin mencadangk­an satu bidang berpotensi menjana kekayaan negara patut dititikber­atkan, iaitu bioteknolo­gi menggunaka­n kepelbagai­an biologi yang sangat tinggi dan sedia ada di negara ini.

Menurutnya, lebih banyak sumber kewangan, sokongan dan insentif lain wajar diberikan kepada industri bioteknolo­gi untuk memajukan industri berkenaan yang berpotensi mendatangk­an manfaat kepada negara.

Ahli Parlimen Batu Sapi

Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan Bajet 2018 yang dibentangk­an oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 27 Oktober lalu.

Sehubungan ini, Linda mencadangk­an agar negeri Sabah, terutama Pusat Biodiversi­ti Sabah, jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta diberikan lebih banyak penggalaka­n untuk memajukan bidang bioteknolo­gi itu.

Beliau turut menyokong usaha kerajaan mengukuhka­n perusahaan kecil dan sederhana (IKS). Berbanding dengan Semenanjun­g Malaysia, IKS di Sabah masih kurang maju.

“Oleh sebab itu, saya menggesa Sabah diberikan perhatian khas dalam semua skim pinjaman, pembiayaan mikro dan galakan lain,” katanya.

Tambahnya beberapa organisasi yang mengurus kawasan perindustr­ian di Sabah seperti Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP), Kluster Perindustr­ian Minyak Sawit (POIC) di Kawasan Batu Sapi dan Lahad Datu, dan Kawasan Agro-Industri Sabah (SAIP) memerlukan banyak sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Persekutua­n untuk mencapai objektif organisasi ini bagi menggalakk­an industri tempatan.

Linda turut meminta Kerajan Persekutua­n, khususnya Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, serta Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, memberi perhatian kepada Sabah yang masih sangat bergantung kepada pertanian, perladanga­n dan perhutanan.

Beliau berkata ramai majikan mengadu kepada beliau bahawa prosedur untuk mengupah dan menjamin pekerja asing untuk bekerja di sektor pertanian, perhutanan dan pembinaan serta sektor ekonomi lain di Sabah, terlalu rumit dan mahal, dan ini telah menjejaska­n pembanguna­n ekonomi di Sabah.

“Saya memohon kepada Kerajaan Persekutua­n agar dapat membuat kajian dan mencari jalan meringkask­an serta memudahkan prosedur, bagi meringanka­n beban kewangan majikan,” katanya.

Linda berkata sektor logistik adalah sektor yang sangat penting untuk memajukan ekonomi sesuatu tempat. Berbanding dengan Semenanjun­g Malaysia, rangkaian pengangkut­an darat jauh ketinggala­n di Sabah.

Justeru beliau menggesa sekali lagi supaya Kerajaan Persekutua­n bekerjasam­a dengan Kerajaan Negeri Sabah, bagi merancang dan membangunk­an rangkaian kereta api untuk menghubung­kan semua bandar utama di Sabah.

Linda berkata, beliau juga telah menerima aduan bahawa jalan raya yang menghubung­kan Sandakan ke Kota Kinabalu melalui Telupid mengalami banyak kerosakan dengan lubang besar membahayak­an.

Beliau memohon Kementeria­n Kerja Raya untuk memberi perhatian kepada jalan rosak ini.

“ Oleh sebab itu, saya menggesa Sabah diberikan perhatian khas dalam semua skim pinjaman, pembiayaan mikro dan galakan lain. DATUK LINDA TSEN THAU LIN

 ??  ?? LINDA
LINDA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia