Utusan Borneo (Sabah)

Wanita diseru aktif NGO

Untuk jayakan usaha kebajikan masyarakat

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Golongan wanita digalakkan untuk bergiat aktif dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)bagimenjay­akanusaha kebajikan masyarakat.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Nasrun Masur berkata penglibata­n wanita dalam aktiviti kebajikan ibarat sentuhan kasih sayang yang sangat didambakan golongan yang memerlukan.

Katanya, anak-anak yatim dan piatu, warga emas, kurang upaya antara golongan sasar yang memerlukan bantuan dan perhatian.

“Saya juga menggalakk­an masyarakat yang berkemampu­an tampil menyalurka­n bantuan kepada NGO agar apa sahaja bentuk derma dapat disampaika­n sebelum dikendalik­an dan sampai kepada golongan sasar,” katanya ketika berucap merasmikan Malam Sillaturra­him Warisan Dinamik Bersama Pemimpin di Dewan Saujana Putra, dekat sini, malam Jumaat.

Turut hadir Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Tungku, Abdul Momen Angchai, Pegawai Pembanguna­nMasyaraka­tDun Tungku Sabtu Susulan, Ketua Daerah Tungku Kamaruddin Hamid dan Penaung Persatuan Wanita Dinamik Lahad Datu Datin Kartini Abd Rahman.

Nasrun yang juga Ahli Parlimen Silam berkata, daerah Lahad Datu termasuk Tungku bertuah kerana selain usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kelangsung­an hidup rakyat, banyak NGO bergiat aktif dalam menjayakan usaha memberi keselesaan kepada golongan tidak bernasib baik.

Institusi keagamaan turut menyokong penuh usaha itu dan saling membantu mencapai niat melakukan kebajikan.

“Umat Islam digalakkan memberi zakat untuk tujuan kebajikan membantu orangorang susah dan demikian juga agama Hindu, Kristian dan lain-lain.”

“Semoga perpaduan dari

“Semoga perpaduan dari kepelbagai­an perbezaan kita terus membentuk kita sebagai rakyat yang berjaya, membantu golongan susah agar kita mempunyai keupayaan dan ” keyakinan untuk mencapai kejayaan

kepelbagai­an perbezaan kita terus membentuk kita sebagai rakyat yang berjaya, membantu golongan

DATUK NASRUN MASUR

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

susah agar kita mempunyai keupayaan dan keyakinan untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Pengerusi penganjur, Noorhani Iscotto berkata sejak ditubuhkan pada 2015 Persatuan Wanita Dinamik Lahad Datu memfokuska­n aktiviti mereka untuk membantu golongan sasar.

Menurutnya selain menjadi penghubung para penderma, persatuan itu sentiasa turun padang bertemu mereka yang mengalami kesusahan di peringkat akar umbi.

Mengenai penganjura­n acara itu, Noorhani berkata, ianya mendapat perhatian Yayasan Verdon Bahanda yang telah menyalurka­n sumbangan kepada persatuan untuk diagihkan kepada penerimany­a.

Selain itu, persatuan turut menerima baju koprat sumbangan Momen.

Majlis dimeriahka­n dengan persembaha­n tarian etnik dan nyanyian dari Pusat Pemulihan Komuniti Lahad Datu dan nasyid Rumah Amal Soleh dan Solehah.

 ??  ??
 ??  ?? MOMEN menyampaik­an sumbangan baju koprat kepada Noorhani.
MOMEN menyampaik­an sumbangan baju koprat kepada Noorhani.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA persatuan bersama Nasrun, Momen dan tetamu jemputan.
JAWATANKUA­SA persatuan bersama Nasrun, Momen dan tetamu jemputan.
 ??  ?? NASRUN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
NASRUN menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N dari Pusat Pemulihan Komuniti Lahad Datu.
PERSEMBAHA­N dari Pusat Pemulihan Komuniti Lahad Datu.
 ??  ?? NASYID daripada Rumah Amal Soleh dan Solehah.
NASYID daripada Rumah Amal Soleh dan Solehah.
 ??  ?? NOORHANI ketika berucap.
NOORHANI ketika berucap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia