Utusan Borneo (Sabah)

RTM perlu lebih proaktif sampai maklumat tepat: Salleh

-

KUANTAN: Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu lebih proaktif turun ke lapangan bertemu orang ramai bagi menyampaik­an maklumat tepat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata perkara itu semakin penting dalam keadaan berlaku penularan berita tidak benar atau separuh tepat di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab dengan niat memburukka­n kerajaan.

“Kita tidak mahu rakyat keliru dengan maklumat yang tidak tepat. Rakyat perlu mendapatka­n maklumat yang tepat daripada media rasmi seperti RTM yang memikul tanggungja­wab untuk turun ke bawah dan menyampaik­an mesej apa yang dilakukan kerajaan.

“Kita bersyukur kerana berada dalam negara yang aman dan menikmati pembanguna­n ekonomi... negara berada dalam keadaan yang baik, menunjukka­n apa yang dilakukan kerajaan adalah tepat dan dilakukan dengan rasa tanggungja­wab.

“Ada pihak yang cemburu dengan apa yang kita nikmati hari ini dan mencari jalan untuk memecah-belahkan kita. Sebab itu penting untuk kita tanamkan kesatuan sesama kita, menguruska­n perbezaan dengan sebaik-baiknya serta menentukan kerajaan diberi sokongan padu,” katanya.

Salleh berkata demikian semasa merasmikan Karnival Sehati di RTM ‘Moh La Weh’ di Serambi Teruntum di sini pada Sabtu. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Datuk Seri Jebasingam Issace John dan Timbalan Ketua Setiausaha Dasar KKMM Shakib Ahmad Shahir.

Pada majlis itu, Salleh juga mengumumka­n pelancaran perkhidmat­an tujuh saluran radio RTM di platform Astro NJOI iaitu Nasional FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Sabah FM, Wai FM dan Asyik FM bagi membolehka­n pendengar menikmati siaran yang lebih baik.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada penduduk di Pahang, negeri terbesar di Semenanjun­g dengan keluasan lebih 3.6 juta hektar dan sebahagian besar muka buminya adalah mencabar dari aspek komunikasi.

“Inisiatif ini juga mendekatka­n kita dengan RTM yang menyalurka­n informasi dan hiburan kepada semua,” katanya.

Beliau berkata RTM juga akan menganjurk­an empat karnival dan 20 Fiesta Sehati di RTM pada tahun hadapan sebagai kesinambun­gan kepada penganjura­n karnival yang diadakan di sini. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? SALLEH (empat kanan) ketika hadir merasmikan Karnival Sehati@RTM Moh La Weh pada Sabtu. Turut sama Shahaniza (enam kanan).
GambarBern­ama SALLEH (empat kanan) ketika hadir merasmikan Karnival Sehati@RTM Moh La Weh pada Sabtu. Turut sama Shahaniza (enam kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia