Utusan Borneo (Sabah)

MANGSA EKSPLOITAS­I

Wanita warga Thailand selamat daripada sindiket pelacuran

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Tiga wanita warga Thailand berjaya diselamatk­an daripada menjadi mangsa sindiket pelacuran di sini pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, kesemua mangsa berumur dalam lingkungan 21 hingga 23 tahun.

Katanya, ketiga-tiga wanita terbabit memiliki pasport yang sah dan tiba di negeri ini sejak 26 Oktober lepas.

“Mereka semua dipercayai menjadi mangsa eksploitas­i sindiket pelacuran sebaik tiba di negeri ini.

“Serbuan dibuat di sebuah hotel di sini kira-kira jam 2.30 petang yang membawa kepada penemuan ketiga-tiga mangsa.

“Operasi berkenaan dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, pada hari yang sama sekitar jam 3.50 petang, susulan daripada soal siasat dan pemantauan polis, dua lelaki warga tempatan berjaya diberkas.

Salehhudin berkata, keduadua suspek yang berumur 28 dan 32 tahun itu dipercayai terlibat dengan sindiket pelacuran terbabit dan ditangkap di kawasan parkir hotel.

“Dalam serbuan lain, kirakira jam 8.40 malam Sabtu, seorang wanita warga Filipina turut ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan Bandaran di sini.

“Berdasarka­n akuan mulut, wanita berkenaan tidak mempunyai dokumen yang sah dan disyaki menjalanka­n aktiviti pelacuran melalui aplikasi ‘WeChat’,” jelasnya.

Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerd­agangan OrangdanAn­tiPenyelud­upan Migran (Atipsom) 2007.

Jika sabit kesalahan, penjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh juga didenda.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi tujuan persundala­n.

Menurut kata Salehhudin, jika disabit kesalahan, hendaklah dihukum dengan pemenjaraa­n selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali..

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia