Utusan Borneo (Sabah)

Dua warga asing ditahan

Dalam Op Cegah Jenayah

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Dua lelaki warga asing ditahan polis dalam Op Cegah Jenayah di sekitar bandar ini pada Sabtu.

Kedua-dua suspek berumur 18 dan 21 tahun itu ditahan berasingan oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata tangkapan pertama dibuat pada jam 3.30 pagi di Bandar Labuk Jaya Batu 7, di mana pihaknya telah menahan seorang lelaki yang mencurigak­an dan cuba melarikan diri.

“Apabila anggota polis membuat pemeriksaa­n, lelaki terbabit gagal mengemukak­an sebarang dokumen keterangan

“Apabila anggota polis membuat pemeriksaa­n, lelaki terbabit gagal mengemukak­an sebarang dokumen ” keterangan diri. ASISTEN KOMISIONER MOHD AZHAR HAMIN Ketua Polis Daerah

diri,” katanya.

Manakala tangkapan kedua, suspek ditahan berhampira­n Flat Batu 2 1/2 dengan SMK St Mary sekitar jam 4.30 pagi.

“Pemerikaan polis berjaya merampas tiga paket dadah jenis syabu, satu unit pemain CD, satu unit Pre Amp, satu bilah gunting kecil, satu dompet dan sejumlah wang tunai,” katanya.

Beliau berkata pemain CD bersama unit Pre Amp dan sejumlah wang tunai yang dijumpai dalam milik lelaki terbabit adalah dicuri dari sebuah bas mini yang diletakkan berhampira­n Flat Batu 2 1/2.

Katanya kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau namun tangkapan kedua positif dadah jenis syabu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan, Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Azhar berkata Operasi Cegah Jenayah itu di jalankan hampir setiap hari dari jam 1 hingga 5 pagi di kawasan ‘hot spot’ bagi membendung berlakunya kejadian jenayah di daerah ini.

Beliau juga menyeru orang ramai agar bekerjasam­a dengan pihak polis dalam usaha mencegah jenayah, dan meminta orang ramai untuk menyalurka­n sebarang maklumat berkaitan sebarang akitiviti jenayah.

 ??  ?? PIHAK polis menjalanka­n operasi cegah jenayah.
PIHAK polis menjalanka­n operasi cegah jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia