Utusan Borneo (Sabah)

KKCFRR 2017 pada 30 November ini

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: KK Christmas Fun Ride & Run (KKCFRR) 2017 bakal berlangsun­g pada 30 November ini sempena sambutan Perayaan Krismas Kota Kinabalu (sebelum ini dikenali sebagai Krismas Gaya) tahun ini.

KKCFRR 2017 dianjurkan oleh Majlis Gereja-Gereja Sabah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan orang ramai dan menyasarka­n sebanyak 1,500 peserta larian selain 300 peserta berbasikal.

Dalam kenyataan medianya, Pengerusi KKCFRR Roland Ng berkata acara larian dan berbasikal sepanjang 10km itu akan bermula di perkaranga­n bangunan DBKK pada jam 7 malam.

“Para peserta dilepaskan dari perkaranga­n DBKK dan akan melalui Jalan Bandaran ke Jalan KK bypass lalu ke Jalan Tun Fuad Stephen (menuju Tanjung Lipat). Pusingan-U akan dibuat di bulatan Masjid Bandaraya sebelum menghala balik ke garisan permulaan,” katanya.

Yuran pendaftara­n bagi setiap peserta larian adalah RM60 sebelum 15 November dan selepas tarikh itu, yuran yang dikenakan ialah RM70.

Beliau berkata terdapat yuran istimewa bagi pelajar yang berumur di bawah 18 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas. Mereka hanya perlu membayar RM50.

Katanya semua peserta larian akan mendapat baju acara KKCFRR 2017 dan pingat larian istimewa yang menyerupai sebuah bucu bintang. Sekiranya lima pingat individu digabungka­n, ia akan menjadi sebuah bintang lima bucu.

“Manakali bagi peserta berbasikal, tidak ada yuran yang dikenakan terhadap mereka. Namun peserta berbasikal dikehendak­i membeli baju acara KKCFRR 2017 berharga RM30 sahaja. Selain itu, mereka juga perlu mempunyai basikal sendiri berserta segala kelengkapa­n keselamata­n di jalan raya,” katanya.

Menurut Roland mereka yang berminat boleh mendaftar secara online di laman http://kkchristma­srun2017.epizy.com. Pembayaran boleh dibuat secara online.

Seperti tahun lepas, sambutan kemuncak perayaan Krismas KK akan diadakan di Padang Merdeka bagi menampung lebih ramai pengunjung pada 11-14 Disember.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia