Utusan Borneo (Sabah)

Pendekatan pintar manfaat semua pihak

-

TELUPID: Pendekatan pintar antara pihak swasta dan kerajaan banyak membawa faedah dan kebaikan kepada semua pihak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor berkata ia terbukti apabila Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB) selaku pemilik tanah mewujudkan kerjasama positif bermotifka­n pembanguna­n holistik dengan Sinar Kerjaya Sdn Bhd dalam merekabent­uk dan membina projek komersil dengan kewangan mereka sendiri di Telupid.

“Syarikat rakan kita itu akan mengeluark­an segala peruntukan kewangan dan pihak LPPB sebagai tuan punya tanah akan mendapat pulangan yang mereka akan bincangkan.

“Jadi inilah yang kita panggil rakan kongsi pintar yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja, kerana kalau kita tunggu peruntukan kerajaan mungkin ia memakan masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Projek Komersil LPPB di Pekan Telupid.

Hajiji berkata penglibata­n pihak swasta dalam membantu kerajaan melaksanak­an projek pembanguna­n mampu mengurangk­an beban kewangan negeri sekali gus memberi peluang sumber kewangan sedia ada disalurkan bagi membiayai pembanguna­n sosio-ekonomi dan infrastruk­tur lain.

Sehubungan itu, kementeria­nnya akan menjemput mana-mana syarikat atau pemaju yang berminat untuk membangunk­an tanah-tanah kerajaan.

Projek komersil Sinar Telupid melibatkan 88 unit rumah kedai dua tingkat, satu unit pasaraya dua tingkat dan sebuah hotel yang mempunyai 120 bilik.

Hadir sama di majlis itu ialah Pembantu Menteri Kewangan merangkap Adun Labuk Datuk Seri Panglima Michael Asang dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam serta Setiausaha Tetap KKTP Datuk Ginun Yangus.

Selain itu, Pengerusi LPPB Datuk Ahmad Hj Bujang, Pengurus Besar LPPB George Liew dan Pegawai Daerah Telupid Benedict Asmat.

Syarikat Sinar Kerjaya (SK) diwakili oleh Pengarah Urusan Datuk Ringo Wong.

 ??  ?? AHMAD (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Hajiji, diperhatik­an oleh Michael (kiri) dan Ginun.
AHMAD (dua kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Hajiji, diperhatik­an oleh Michael (kiri) dan Ginun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia