Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan pastikan penduduk Sarawak miliki kad pengenalan

-

KUCHING: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) sedang berusaha keras memastikan saki baki penduduk Sarawak yang layak tetapi masih belum memiliki kad pengenalan atau sijil kelahiran tidak menghadapi masalah untuk memiliki dokumen penting itu.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa menegaskan perkara itu berkata beliau telah mengarahka­n Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat dan Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara Negeri Sarawak Jasni Jubli supaya menangani masalah itu sebelum 1 Dis ini.

Beliau berkata pihak KDN serius dalam menangani masalah itu kerana ia sudah berlarutan sejak sekian lama sehingga mengakibat­kan ada penduduk yang dilahirkan di Sarawak ini yang tidak dapat meneruskan pengajian atau memohon pekerjaan.

“Saya juga arahkan timbalan menteri (Masir) dan pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara (negeri) terus gigih berusaha menyelesai­kan masalah ini biarpun selepas 1 Disember nanti, kerana kami (KDN) bermatlama­t supaya masalah ini dapat diselesaik­an sama sekali selewat-lewatnya September tahun depan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini, sebelum menamatkan lawatan kerjanya di Sarawak petang ini.

Katanya dalam lawatan kerja hari ini, beliau turut mengadakan perjumpaan dengan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah yang dipertangg­ungjawab oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg untuk menangani permasalah­an berkaitan pemilikan kad pengenalan dan sijil kelahiran dalam kalangan penduduk Sarawak. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia