Utusan Borneo (Sabah)

Sino sebagai anak negeri

Kerajaan beri perhatian kepada usaha PSKDMS

-

KOTA KINABALU: Kerajaan akan terus memberikan sokongan, komitmen dan perhatian kepada usaha Persatuan Sino Kadazan Dusun Murut Sabah (PSKDMS) menjadikan Sino sebagai anak negeri.

Ketua Menteri Tan Sri Mu s a Haji Aman berkata kerajaan serta agensi berkaitan akan mengkaji semula perkara itu sebelum sebarang keputusan diambil.

“Saya difahamkan kini keahlian persatuan ini telah mencecah lebih 30 ribu orang dari seluruh Negeri Sabah dan ini menunjukka­n semangat perpaduan warga Sino.

“Sehingga kini, Majlis Makan Malam Hari Sino telah berusia tujuh tahun dan Kerajaan Negeri berpendapa­t bahawa majlis seperti ini amat relevan dan signifikan kepada rakyat Malaysia khususnya di Sabah yang memang sinonim dengan keharmonia­n serta perpaduan rakyatnya yang berbilang suku kaum, etnik, agama dan budaya,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Pesta Koubasanan Om Raani Tavanus Tadau Sino 2017 anjuran PSKDMS di Putera Ballroom Bukit Padang pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) Datuk Mohamad Haji Alamin. Hadir sama ialah Presiden PSKDMS Datuk Johny Goh.

Untuk rekod, PSKDMS adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan pada 9 Januari 2010 atas nama Persatuan Peranakan Sino Bumiputera Sabah diketuai oleh Johnny sendiri selaku presiden.

Manakala, seramai 12 lagi pengasas persatuan itu dari seluruh Sabah terbabit dalam usaha mempertaha­nkan agar Sino mendapat pengiktira­fan dan hak yang sama rata dengan kaum lain di Sabah khasnya dan di Malaysia amnya.

Dalam pada itu, Musa berkata suku kaum Sino telah wujud sebelum kemerdekaa­n dan juga memainkan peranan yang penting dalam pembanguna­n sosio-ekonomi negeri ini.

Katanya kerajaan memahami bahawa perjuangan persatuan itu dalam mempertaha­nkan hak-hak keturunan Sino yang telah dieksploit­asi oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggun­jawab.

“Justeru, dalam konteks ini, ia memainkan peranan paling asas dan memerlukan mekanisme yang mantap bagi menjayakan pembentuka­n sebuah negara bangsa yang cemerlang.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Persatuan Sino KadazanDus­un Murut Sabah atas Pelancaran Buku Inventori Sino Native di Sabah. Saya berharap dengan adanya penerbitan buku inventori ini oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, warisan budaya suku kaum Sino tidak dilupakan dan ditenggela­mi zaman,” katanya.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Persatuan Sino KadazanDus­un Murut Sabah atas Pelancaran Buku Inventori Sino Native di Sabah. Saya berharap dengan adanya penerbitan buku inventori ini oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, warisan budaya suku kaum Sino tidak ” dilupakan dan ditenggela­mi zaman.

TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

Beliau berakta, apa yang penting ialah usaha itu perlu disusuli dengan perancanga­n rapi dan tindakan yang berkesan bagi dimanfaatk­an sepenuhnya demi kesejahter­aan rakyat dan kemakmuran negara.

 ??  ?? MOHAMAD memalu gong sebagai simbolik perasmian majlis itu.
MOHAMAD memalu gong sebagai simbolik perasmian majlis itu.
 ??  ?? MOHAMAD menyempurn­akan acara memotong kek.
MOHAMAD menyempurn­akan acara memotong kek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia