Utusan Borneo (Sabah)

Siri Dialog Transforma­si Nasional 2050

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Beberapa aspirasi yang dikongsi rakyat menerusi siri Dialog Transforma­si 2050 (TN50) yang diadakan di empat daerah setakat ini telahpun diambil tindakan susulan tanpa perlu menunggu 30 tahun akan datang.

Ketua Pemuda Umno Sabah Hafez Musa berkata, antaranya aspirasi rakyat di Kota Marudu yang mahukan ‘uptown’ dibangunka­n di daerah berkenaan dan diusahakan oleh golongan belia.

“Kita telahpun berbincang dengan Pejabat Daerah Kota Marudu dan mereka telah mengenalpa­sti dua tempat yang sesuai untuk membangunk­an uptown.

“Saya rasa ini tidak akan memakan masa yang lama sehingga 2050 untuk dilaksanak­an kerana kita yakin ia boleh diselesaik­an dalam tempoh terdekat,” katanya selepas Siri Dialog TN50 di Dewan Datin Quek Lam Mei Moi di SJK(C) Chi Hwa, di sini pada Ahad.

Siri dialog itu turut disertai oleh Ketua Pemuda Gerakan Sandakan Chan Tzun Hei dan Ketua Pemuda LDP Tsang Hieng Yee.

Dialog itu turut menerima kehadiran istimewa daripada Ikon TN50, Mejar Patricia Yapp yang berkongsi pengalaman kerjayanya sebagai juruterban­g jet pejuang.

Mengenai siri dialog di Sandakan, Hafez berkata sambutan amat menggalakk­an dengan kehadiran lebih 1,000 orang serta dari komposisi yang seimbang.

Ia berikutan, dialog itu tidak hanya didominasi oleh satu kaum, sebaliknya pelbagai latar belakang dan umur yang hadir memberi sokongan sekaligus menyatakan aspirasi masing-masing.

“Oleh itu, kita yakin Dialog TN50 akan mencapai objektifny­a di mana kita ingin lebih ramai orang untuk memberi pandangan. Bukan untuk sesetengah pihak tetapi untuk masyarakat secara keseluruha­nnya,” jelasnya.

Menerusi siri dialog itu di Sandakan, beberapa aspirasi rakyat melibatkan isu-isu semasa telah dikumpulka­n. Antaranya isu pembanguna­n, keselamata­n, ekonomi, pendidikan, perpaduan dan pelanconga­n.

 ??  ?? KEHADIRAN istimewa Mejar Patricia yang berkongsi pengalaman mengenai kerjayanya.
KEHADIRAN istimewa Mejar Patricia yang berkongsi pengalaman mengenai kerjayanya.
 ??  ?? SESI dialog antara pemimpin tempatan dan rakyat.
SESI dialog antara pemimpin tempatan dan rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia