Utusan Borneo (Sabah)

SCS latih 400 warga emas melalui Kem Komputer Generasi Emas

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Persatuan Komputer Sabah (SCS) berjaya melatih lebih 400 warga emas sepanjang 10 tahun penganjura­n Kem Komputer Generasi Emas 2017.

Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) Datuk Siringan Gubat berkata ia satu pencapaian luar biasa SCS pada ulang tahun ke-10 kem berkenaan.

Tambahnya melalui penganjura­n itu juga memperliha­tkan ramai warga emas cuba untuk menyertain­ya semula setiap tahun dan membuktika­n kem berkenaan sangat bermanfaat.

“Saya faham bahawa ramai daripada mereka cuba untuk kembali sebagai peserta setiap tahun dan ini adalah bukti kem ini bermanfaat kepada warga emas.

“Saya diberitahu bahawa kem ini menerima lebih 90 borang penyertaan dan menunjukka­n bilanganny­a semakin tinggi setiap tahun.

“Oleh kerana tahun ini adalah ulang tahun ke10, ia adalah sebuah kem yang istimewa, SCS hanya mengambil 60 peserta yang terdiri daripada 20 peserta lama dan selebihnya adalah peserta baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Kem Komputer S C S Generasi Emas 2017 di sini pada Ahad. Teks ucapannya disampaika­n oleh Setiausaha Tetap KPSKTM Datuk Bruno Vun.

Siringan berkata kementeria­nnya akan terus menyokong program itu sebagai sebahagian daripada acara Bulan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Sabah.

“Jurang digital antara generasi masa kini sangat luas namun usaha SCS ini mampu merapatkan jurang berkenaan di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Presiden SCS Karen Wong berkata kem selama dua hari berkenaan memberi pengetahua­n kepada warga emas tentang kepentinga­n dan cara-cara mengendali aplikasi telefon pintar seperti Grabcar dan WeChat.

Katanya peserta diberi penerangan berkenaan aplikasi-aplikasi berkenaan dan memberikan peluang mereka untuk melaksanak­an tugas anyang diberikan dengan menggunaka­n aplikasi itu.

 ??  ?? BRUNO (dua kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an oleh Karen (kanan).
BRUNO (dua kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an oleh Karen (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia