Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan lima pemandu mabuk

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seramai lima pemandu mabuk ditahan polis dalam Ops Samseng Jalanan dan Ops Mabuk di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, kelimalima suspek didapati melebihi tahap alkohol yang ditetapkan selepas menjalani ujian.

Menurutnya, kesemua pemandu terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

“Operasi berkenaan dijalankan bermula jam 11.30 malam Sabtu hingga jam 4.30 pagi Ahad.

“Ia melibatkan kawasan Jalan Coastal, Jalan Lintas, Jalan Tuaran Bypass, Jalan Kapayan dan Jalan 1Borneo.

“Sebanyak 25 keping saman turut dikeluarka­n sepanjang operasi ini dijalankan,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, seramai 95 orang dan 93 kenderaan diperiksa secara teliti dalam operasi berkenaan.

Dalam pada itu, pihaknya meminta agar orang ramai tidak terlibat dengan aktiviti lumba haram atau sebagai penonton yang dapat menggalakk­an aktitiviti itu menular.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatk­an tidak memandu di bawah pengaruh alkohol.

Menurutnya, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM6,000 dan boleh juga dipenjarak­an selama tempoh tidak melebihi 12 bulan.

“Usaha penguatkua­saan masih dijalankan secara berterusan bagi mencegah kegiatan samseng jalanan dan memandu dibawah pengaruh alkohol.

“Operasi ini turut menyasarka­n kepada pencegahan jenayah dan mewujudkan Persepsi Ditangkap Melakukan Kesalahan (POBC) di lokasi operasi,” katanya.

 ??  ?? PENUNGGANG motosikal turut diperiksa.
PENUNGGANG motosikal turut diperiksa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia