Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Kerjaya perlihat kesungguha­n kerajaan bantu rakyat

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Penganjura­n program Karnival Kerjaya memperliha­tkan kesungguha­n kerajaan dalam membantu rakyat di negeri ini untuk mendapat pekerjaan yang sesuai.

Ketua Setiusaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ia juga penting dalam membantu orang ramai untuk mendapatka­n maklumat secara terus atau bersemuka berkenaan dengan urusan pengambila­n pekerjaan yang ditawarkan termasuk menghadiri temuduga terbuka oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Katanya, pada masa ini mancari pekerjaan bukan satu perkara yang mudah, namun usaha terus dilakukan oleh Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta secara NBOS.

“Dengan adanya usaha ini, kita berharap akan dapat mewujudkan peluang kerjaya yang lebih baik dan bersistema­tik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kerjaya 2017 di perkaranga­n Bangunan Wilayah Persekutua­n di sini.

Pada majlis itu, beliau turut manasihatk­an masyarakat di negeri ini agar tidak terlalu memilih pekerjaan sebaliknya perlu berusaha bersungguh- sungguh selain mempunyai keyakinan serta komitmen yang tinggi dalam mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.

“Ia adalah satu program yang cukup bermanfaat kepada penduduk ataupun masyarakat di Tawau khususnya dalam kalangan belia dan juga mahasiswa yang masih lagi ramai tidak mempunyai pekerjaan.

“Jadi, dengan adanya karnival sebegini menunjukka­n kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah satu kerajaan yang cukup prihatin dan melalui SPA ini berjaya membawa karnival ini untuk memudahkan rakyat,” katanya.

Terdahulu, ribuan jawatan kosong ditawarkan oleh pelbagai agensi pekerjaan yang terlibat dalam program Karnival Kerjaya SPA 2017 itu.

Pengarah Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Malaysia Sabah Farid H Askali Ibrahim berkata program yang bermula jam 8 pagi itu merupakan anjuran bersama SPA dan Jabatan Tenaga kerja (JTK) Sabah.

Katanya, karnival itu diadakan untuk meningkatk­an pendedahan dan kefahaman kepada belia dan masyarakat setempat tentang kerja yang ditawarkan sekaligus memberi peluang kepada belia memohon pekerjaan melalui sesi temuduga terbuka oleh pelbagai syarikat yang ada di daerah ini.

“Karnival seperti ini kita akan adakan lagi dalam masa terdekat untuk memudahkan belia di seluruh Sabah khasnya mendapatka­n lebih banyak peluang pekerjaan,” katanya.

 ??  ?? NIZAM memalu gong sebagai tanda perasmian Karnival Kerjaya itu.
NIZAM memalu gong sebagai tanda perasmian Karnival Kerjaya itu.
 ??  ?? NIZAM berucap pada majlis itu.
NIZAM berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia