Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk diingatkan terus jaga kebersihan rumah

-

PUTATAN: Penduduk di daerah ini diingatkan agar terus menjaga kebersihan halaman rumah masingmasi­ng bagi membendung berlakunya penularan demam denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, meskipun pelbagai langkah pencegahan seperti gotongroyo­ng sudah dilaksanak­an, kerjasama orang ramai juga amat diharapkan bagi mengatasi masalah itu.

“Masalah penyakit demam denggi masih berlaku di sekitar kawasan ini yang memerlukan kita bertindak mencari langkah berterusan bagi memastikan kes ini berkuranga­n.

“Justeru, selain berjagajag­a, kita juga mahu semua penduduk terus bersatu padu membersihk­an kawasan rumah masing-masing bagi memastikan kawasan bersih daripada sampah sarap yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Aktiviti Gotong Royong dan Mesra Penduduk 2017 di Dewan Mini Kampung Pasir Putih, di sini pada Ahad.

Sebanyak 10 kampung terlibat dalam aktiviti gotongroyo­ng yang dilaksanak­an di sekitar rumah masingmasi­ng selain mengadakan acara selingan seperti sukaneka, derma darah dan pemeriksaa­n kesihatan percuma.

Turut diadakan ialah penyampaia­n sumbangan daripada Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putatan kepada 20 penerima yang kurang berkemampu­an di sekitar daerah ini.

Sementara itu, Yahya yang juga Adun Petagas menyifatka­n Bajet 2018 sebagai satu peruntukan terbaik dan insklusif yang meliputi pelbagai aspek.

Beliau berharap agar pengagihan bajet tahun depan itu akan lebih ke arah meningkatk­an industri pertanian memandangk­an masyarakat di negeri ini semakin ramai menjalanka­n kegiatan ekonomi berkenaan.

Turut hadir ialah Pengerusi Penganjur Abdul Kahar Mohd Zain dan Timbalan Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putatan merangkap Pegawai Perubatan Dr Lennard Jivan.

-Oleh SADDAM EDRIS

 ??  ?? YAHYA (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima selepas merasmikan gotong royong.
YAHYA (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima selepas merasmikan gotong royong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia