Utusan Borneo (Sabah)

Jentera Umno Putatan siap sedia hadapi PRU-14

- Oleh SADDAM EDRIS

PUTATAN: Jentera pilihan raya Umno daerah ini sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, antara persediaan yang dilaksanak­an termasukla­h mengekalka­n serta memastikan kesiapsiag­aan jentera di kawasan lama meskipun ada cadangan kawasan baharu iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.

“Setakat ini, kita hanya buat persediaan untuk dua kawasan DUN yang lama dengan satu kawasan Parlimen iaitu DUN petagas, DUN Tanjung Aru dan juga Parlimen Tanjung Aru.

“Walaupun begitu, kalau ada kelainan, pertukaran atau kemasukan kawasan baharu itu (DUN Tanjung Karamat), kita tiada masalah untuk mengatur jentera sebab kita sudah ada Ketua- Ketua Peti Undi di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jentera Pilihan Raya Umno Parlimen Putatan, di sini pada Ahad.

Yahya yang juga Ketua Umno Bahagian Putatan berkata, parti bahagian itu akan menjalanka­n perjumpaan dengan parti Barisan Nasional (BN) yang lain dalam masa terdekat ini.

Ditanya mengenai intipati mesyuarat pula, beliau berkata antara aspek yang dibincangk­an adalah berkaitan dengan penjenamaa­n peranan setiap portfolio dan beberapa perubahan yang diberikan oleh ibu pejabat.

Katanya, mesyuarat berkenaan disertai oleh semua pemimpin kawasan di peringkat peti undi termasukla­h Ketua Daerah Mengundi di setiap kawasan jentera peti masing-masing.

Justeru, beliau berharap agar semua ahli di peringkat peti undi akan terus melakanaka­n mesyuarat atau kursus bagi mempersiap­kan diri untuk melaksanak­an tugas dengan lebih efektif dan berkesan pada PRU-14.

 ??  ?? YAHYA (duduk, tengah) bersama barisan pemimpin kawasan di peringkat peti undi dan ketua daerah mengundi merakam gambar kenangan sebelum mesyuarat.
YAHYA (duduk, tengah) bersama barisan pemimpin kawasan di peringkat peti undi dan ketua daerah mengundi merakam gambar kenangan sebelum mesyuarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia