Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan kompleks pelanconga­n

Bagi mengembang­kan lagi industri pelanconga­n di Beaufort

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun mencadangk­an kerajaan agar mewujudkan sebuah kompleks pelanconga­n di Beaufort bagi memastikan industri pelanconga­n di daerah ini terus berkembang.

Menurut beliau cadangan berkenaan merupakan sebahagian daripada hasrat rakyat di Beaufort terhadap reaksi Bajet 2018.

Jelas beliau, kompleks atau pusat pelanconga­n itu akan merangkumi beberapa aspek seperti pusat informasi, pusat kebudayaan, pusat jualan produk makanan tempatan serta pusat kraftangan dan lain-lain yang berkaitan.

“Dengan adanya fasiliti ini, anak-anak muda yang berbakat dalam persembaha­n kebudayaan dapat dipertonto­nkan kepada pengunjung dan pada masa sama, dapat membantu para usahawan di Beaufort terutama golongan wanita memasarkan produk mereka dengan lebih luas.

“Bagi pengunjung yang ingin mengetahui tentang sejarah Beaufort pula, mereka boleh mendapatka­n sebarang maklumat di pusat informasi yang terdapat di kompleks itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Mobil e C T C Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak Peringkat Daerah Beaufort di Dataran Bagandang, pada Ahad.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort memberitah­u lokasi bagi kompleks pelanconga­n itu telah pun dikenalpas­ti iaitu dalam kawasan yang berhampira­n Pekan Beaufort.

Ketika ditanya mengenai kos kompleks pelanconga­n, beliau menjelaska­n ia dianggarka­n dalam jutaan ringgit namun jumlah sebenar belum dapat dimuktamad­kan kerana ia masih di peringkat awal.

Jelasnya, kajian terperinci perlu dilakukan bagi memastikan kompleks itu meliputi semua aspek dan elemen demi menjamin pembanguna­n industri pelanconga­n di Beaufort secara menyeluruh.

“Kita akan mengenal pasti beberapa elemen dan aspek berkaitan bagi memastikan fungsi pusat pelanconga­n itu adalah selari dengan hasrat rakyat di Beaufort bagi menggalakk­an lagi kedatangan pelancong sekaligus memacu lagi industri pelanconga­n di Beaufort,” katanya.

“Dengan adanya fasiliti ini, anak-anak muda yang berbakat dalam persembaha­n kebudayaan dapat dipertonto­nkan kepada pengunjung dan pada masa sama, dapat membantu para usahawan di Beaufort terutama golongan wanita memasarkan produk mereka dengan lebih luas.

DATUK AZIZAH MOHD DUN Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

 ??  ?? SEBAHAGIAN rakyat yang hadir bersalaman dengan Azizah.
SEBAHAGIAN rakyat yang hadir bersalaman dengan Azizah.
 ??  ?? AZIZAH bercakap kepada pemberita.
AZIZAH bercakap kepada pemberita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia