Utusan Borneo (Sabah)

3,000 meriahkan pelancaran Jalinan Rakyat dan JR Plus

- Oleh DELLROY

TENOM: Hampir 3,000 orang hadir memeriahka­n majlis pelancaran Jalinan Rakyat JR dan JR Plus Peringkat DUN Kemabong yang diadakan Dewan Sri Ontoros, Kemabong, di sini pada Sabtu.

Program yang dikelolaka­n oleh Wanita Umno Bahagian Tenom itu diserikan dengan pelbagai pengisian aktiviti seperti pertanding­an bola sepak dan fustal wanita, pertanding­an fesyen kanakkanak dan hero remaja serta banyak lagi.

Berucap pada majlis itu, Ketua Wanita Umno Bahagian Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata, program bertujuan mendekati rakyat di samping mendengar permasalah­an mereka untuk diajukan kepada pihak berwajib.

Katanya, pergerakan Wanita Umno Tenom sejak dahulu lagi telah mengadakan pelbagai program bersama rakyat di daerah ini agar mereka tidak merasa tersisih dalam setiap pembanguna­n kerajaan.

Katanya, selain program hiburan dan sukan kepada rakyat, Wanita U m n o T e n o m juga menganjurk­an program berkaitan kemahiran dalam meningkatk­an taraf hidup dan sosioekono­mi rakyat di luar bandar.

“Program seumpama ini akan terus diadakan dari masa ke semasa agar pelbagai pendedahan dapat dimanfaat mereka seterusnya mempelbaga­ikan usaha dalam meningkatk­an kualiti hidup,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong yang juga Ketua Bahagian Umno Tenom Datuk Rubin Balang, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi serta barisan kepimpinan Umno Tenom.

 ??  ?? RUBIN menyampaik­an hadiah kepada johan pertanding­an bola sepak.
RUBIN menyampaik­an hadiah kepada johan pertanding­an bola sepak.
 ??  ?? RAIME menyampaik­an hadiah pemenang fustal wanita.
RAIME menyampaik­an hadiah pemenang fustal wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia