Utusan Borneo (Sabah)

Limus sumbang empat khemah untuk kegunaan komuniti

-

MENUMBOK: Masyarakat di Daerah Kecil Menumbok gembira apabila pemimpin mereka menyumbang empat unit khemah untuk kegunaan komuniti.

Pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M) Fadzlee Lee Abdullah mewakili lebih 60 ahli badan itu mengucapka­n terima kasih atas ke peri hati nan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Datuk Limus Jury yang menyumbang­kan khemah berkenaan.

“Kita bersyukur kerana mempunyai pemimpin yang sangat prihatin, walaupun permohonan itu saya buat secara verbal namun beliau dengan pantas meluluskan­nya.

“Dua unit khemah akan ditempatka­n masing-masing di Tanah Perkuburan Orang Islam di Kampung Telisai serta Perkuburan Cina dan Kristian di Kampung Bakarang.

“Khemah ini akan memberi manfaat khususnya kepada keluarga kurang berkemampu­an yang ditimpa musibah. Jadi, khemah ini boleh kita gunakan untuk majlis pengebumia­n dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, dua unit khemah lagi akan diletakkan di bawah tanggungja­wab K1M Pekan Menumbok untuk majlis keraian, perkahwina­n dan aktiviti kemasyarak­atan.

Ketika berucap merasmikan Program Negaraku @ Komuniti pada malam Sabtu, Limus mengumumka­n kelulusan permohonan empat unit khemah yang dikemukaka­n Fadzlee.

Pada majlis itu juga, hampir 2,000 pengunjung dihiburkan oleh persembaha­n Pentarama Jabatan Penerangan (Japen) Sabah di Padang Pekan Menumbok.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Komunikasi dan Pembanguna­n Masyarakat Wasrin Jakaria mewakili pengarah Japen Sabah dan Penolong Pegawai Daerah Husin Narion.

 ??  ?? LIMUS (tiga dari kanan) menyampaik­an hadiah utama kepada pengunjung bertuah.
LIMUS (tiga dari kanan) menyampaik­an hadiah utama kepada pengunjung bertuah.
 ??  ?? FADZLEE (dua dari kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Limus.
FADZLEE (dua dari kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada Limus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia