Utusan Borneo (Sabah)

Rai kejayaan sepanjang tahun ini

Program Kounsikaan Pi s o m puru a n@ Negaraku K g Merampong

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Program Kounsikaan Pisompurua­n@Negaraku Kampung Merampong sebagai meraikan kejayaan menerima beberapa anugerah sepanjang tahun 2017 telah diadakan di kampung itu, di sini.

Antara objektif program itu adalah sebagai menghargai usaha keras penduduk kampung sepanjang tahun ini sehingga menerima beberapa anugerah termasuk yang terbaharu, Anugerah Keceriaan Negaraku peringkat Negeri dan Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan.

Kampung itu juga memenangi Anugerah Desa Perdana peringkat negeri Sabah untuk tahun ini.

Kira-kira 1,000 penduduk kampung telah meraikan kejayaan itu yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nazri Nik Zawawi, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Bingkor Kennedy Jie John, Pegawai Penerangan Daerah Hendry Nurdin, wakil Pegawai Daerah Yamin Karinong, wakil Ketua Polis Daerah ASP Ronaidi Jaafar dan Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Wasli Kaling.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Nik Nazri mengucapka­n tahniah atas kejayaan bersama oleh penduduk yang membawa nama kampung itu hingga ke persada kebangsaan.

“Kejayaan kampung ini sepatutnya menjadi contoh kepada kampung lain di daerah ini khasnya dan negeri Sabah amnya,” katanya.

Beliau menyifatka­n kejayaan itu bukan sahaja menjadi satu kebanggaan kepada penduduk kampung bahkan seluruh penduduk di daerah ini.

Dalam hubungan itu, beliau meminta penduduk kampung agar terus mengekalka­n semangat kerjasama dan perpaduan yang sedia ada selain meningkatk­an lagi usaha untuk terus mencipta kejayaan dan kecemerlan­gan pada masa akan datang.

“Kejayaan seperti ini tidak akan datang sekiranya penduduk tidak bersatu. Maka harapan saya, semangat kerjasama itu perlu disebatika­n untuk terus menempa nama dan kejayaan pada masa-masa yang akan datang.

“Saya percaya kejayaan ini juga adalah berkat pisompurua­n antara penduduk dan pemimpin kampung ini,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Kennedy menyatakan rasa terharu dan teruja atas kejayaan serta pengorbana­n yang telah dibuat oleh penduduk kampung itu.

Katanya, nama kampung itu sudah terkenal di seluruh negeri Sabah dan ia merupakan satu kebanggaan kepada penduduk kampung itu sendiri.

“Selaku pemimpin di kawasan Bingkor, saya sangat berharap agar semua kampung yang berada di kawasan Dewan Undangan Negeri Bingkor dapat mencontohi kejayaan yang dicapai oleh kampung ini.

“Saya percaya walaupun kita kecewa dalam Anugerah Desa Perdana peringkat kebangsaan namun, kemenangan Anugerah Keceriaan Negaraku Peringkat Kebangsaan adalah menjadi pengubat kepada kedukaan penduduk kampung ini,” katanya.

Kennedy juga meminta penduduk supaya tidak berputus asa dan menetapkan azam untuk memenangi satu lagi anugerah besar iaitu Anugerah Desa Lestari pada tahun hadapan.

Beliau turut mengucapka­n penghargaa­n kepada Jabatan Penerangan dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta semua pihak luar yang telah membantu meningkatk­an nama Kg Merampong selama ini.

Dalam pada itu, Wasli merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh penduduk kampung itu termasuk jabatan dan agensi kerajaan negeri dan Persekutua­n serta pemimpin tempatan kerana mengangkat nama kampung itu hingga ke peringkat paling tinggi.

Beliau berharap agar kerjasama itu akan diteruskan selain dapat merapatkan lagi hubungan silaturahi­m juga antara penduduk, pimpinan kampung, jabatan berkenaan dan para pemimpin di daerah ini.

Pada majlis itu, Kennedy turut menyumbang peruntukan cat gelanggang bola tampar dan 50 kerusi untuk kegunaan penduduk.

Penyampaia­n cendera kenangan kepada tetamu yang hadir selain penyampaia­n sijil penghargaa­n dan cendera kenangan kepada penduduk kampung turut diadakan. Persembaha­n kebudayaan oleh penduduk kampung itu dan karaoke menyerikan lagi majlis itu.

“Kejayaan seperti ini tidak akan datang sekiranya penduduk tidak bersatu. Maka harapan saya, semangat kerjasama itu perlu disebatika­n untuk terus menempa nama dan kejayaan pada masa-masa yang akan datang. Saya percaya kejayaan ini juga adalah berkat pisompurua­n antara penduduk dan ” pemimpin kampung ini.

NIK NAZRI NIK ZAWAWI Ketua Pemuda Umno Keningau

 ??  ?? PARA tetamu majlis terdiri (dari kanan) Hendry, Ronaidi, Kennedy, Nik Nazri, Yamin dan Wasli.
PARA tetamu majlis terdiri (dari kanan) Hendry, Ronaidi, Kennedy, Nik Nazri, Yamin dan Wasli.
 ??  ?? WASLI (tengah) menyampaik­an cendera kenangan kepada Kennedy.
WASLI (tengah) menyampaik­an cendera kenangan kepada Kennedy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia