Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat perlu manfaat Bajet 2018

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Masyarakat luar bandar akan terus mendapat perhatian kerajaan dengan memastikan usaha kelangsung­an hidup peduduknya ditingkatk­an.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tungku Abdul Momen Angchai berkata pada pembentang­an Bajet 2017 lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangk­an peruntukan kira-kira RM9 bilion secara keseluruha­n untuk pembanguna­n masyarakat luar bandar agar terus menjana pendapatan yang lebih.

Menurutnya, peruntukan itu akan menjana pendapatan yang lebih untuk menangani kos sara hidup melalui program aktiviti ekonomi tambahan, keusahawan­an, mobilepren­eur seterusnya mencipta peluang pekerjaan di luar bandar.

Katanya, daerah kecil Tungku pasti mendapat manfaat sekiranya masyarakat berupaya bersaing dan merebut peluang yang disediakan kerajaan khususnya dalam bidang keusahawan­an, pertanian, perladanga­n dan sebagainya.

“Saya ingin menyeru masyarakat khususnya penduduk kampung merebut peluang yang diberikan kerajaan agar segala bentuk usaha meningkatk­an ekonomi pendapatan dapat ditingkatk­an.

“Daerah ini mempunyai kemudahan asas yang cukup untuk menyokong agenda kerajaan membantu penduduk luar bandar dan apa yang penting dilakukan adalah meningkatk­an daya usaha kerja, pantas merebut peluang yang ada serta fokus pada usaha yang dilaksanak­an dalam bidang pertanian, perikanan, perladanga­n dan sebagainya,” katanya.

Momen yang juga Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Silam berkata demikian ketika berucap di Majlis Gotong Royong Sekampung di Kampung Silabukan Peringkat Empat, di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat DUN Tungku Sabtu Susulan, Pengerusi Persatuan Belia dan Beliawanis Kampung Silabukan Peringkat Empat Norhayati Tuganal.

Momen menyeru agar kecanggiha­n teknologi maklumat (IT) dimanfaatk­an penduduk kampung untuk tujuan yang berguna dan tidak lalai menggunaka­nnya.

“Produk negara kita semakin dikenali di luar negara kerana usahawan memanfaatk­an IT untuk memasarkan produk jualan mereka dan tiada yang mustahil di zaman ini asalkan kita mahu berubah dengan meneroka ilmu pengetahua­n demi menambah pendapat,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an belia perlu sedar zaman sekarang bukannya untuk membazirka­n masa dan terus leka di zon selesa.

Katanya, kerajaan melalui Pelan Transforma­si Nasional 2050 telah memberi peluang dan ruang yang seluasnya agar penglibata­n mereka dalam semua bidang ekonomi, sosial dan politik berjaya diisi mengikut acuan Malaysia.

“Kerajaan dalam Bajet 2018 turut menterjema­hkan hasrat itu dengan harapan belia merebut semua peluang diberikan terutamany­a dalam bidang ekonomi serta latihan yang disediakan.

“Semua persiapan mengangkat golongan belia sudah disediakan kerajaan agar peralihan mencapai negara maju kelak dicapai dengan jayanya,” katanya.

 ??  ?? MOMEN bersama sebahagian penduduk kampung yang menjayakan program gotong royong itu.
MOMEN bersama sebahagian penduduk kampung yang menjayakan program gotong royong itu.
 ??  ?? MOMEN berucap pada majlis itu.
MOMEN berucap pada majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia