Utusan Borneo (Sabah)

Pejabat baharu Angkasa di pantai timur Sabah akan dibuka

- - Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bersedia menimbangk­an pembukaan sebuah pejabatnya di bahagian pantai timur negeri bagi meningkatk­an keberkesan­an perkhidmat­an agensi itu.

Presidenny­a Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata kekangan yang dihadapi cawangan negeri melalui operasinya di Kota Kinabalu mendapat perhatian untuk diatasi.

Menurutnya, dengan adanya pejabat baharu itu nanti di sini ia akan melancarka­n peranan Angkasa mencapai sasaran untuk memperkasa­kan peranan koperasi dalam pembanguna­n negara.

Katanya, antara sasarannya mencapai keahlian Angkasa 85 peratus dari jumlah ahli koperasi di seluruh negeri.

“Sehingga akhir tahun lalu, jumlah koperasi di Sabah sebanyak 1,374 manakala jumlah koperasi ahli Angkasa 524 dan ia perlu ditambah sehingga mencapai sasaran 85 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Induksi Koperasi Anggota Baru Angkasa Negeri Sabah, di sini pada Ahad.

Menurut Abdul Fattah, jumlah koperasi di Malaysia sebanyak 13,428 dengan 9,134 orang daripadany­a adalah ahli Angkasa.

Katanya galakan menjadi ahli Angkasa digiatkan agar keanggotaa­nnya dapat dimanfaatk­an dalam membantu koperasi dan komuniti menjadi penyumbang eknomi yang berkesan.

Pengerusi Jawatankua­sa Perhubunga­n Angkasa Negeri Sabah Datuk Noraini Salleh ketika berucap menyeru ahli Angkasa baharu menjadikan agensi itu sebagai medan menjalinka­n silaturahi­m.

“Selain itu, saya amat mengalu-alukan penyertaan ahli baharu dan berharap agar kesemuanya memanfaatk­an peluang dan kemudahan yang ada di Angkasa,” katanya.

Seramai 41 menyertai kursus itu yang mendedahka­n mereka dengan tiga sesi ceramah dan taklimat.

Peserta telah diberi taklimat Peranan Angkasa Dalam Gerakan Koperasi Negara, Keahlian Angkasa dan Penglibata­n Koperasi Ahli Dalam Perniagaan dan Perkhidmat­an Angkasa.

 ??  ?? ABDUL Fattah dan Noraini bersama pegawai dan sebahagian peserta kursus.
ABDUL Fattah dan Noraini bersama pegawai dan sebahagian peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia