Utusan Borneo (Sabah)

KKSKSB adakan mesyuarat agung khas

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Koperasi Kakitangan Sawit Kinabalu Sabah Berhad (KKSKSB) telah mengadakan mesyuarat agung khas pada Sabtu di Dewan Kuliah Institute Science and Management (ISM) di sini.

Mesyuarat yang telah dihadiri 357 ahli serta pegawai Hal Ehwal Koperasi Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Negeri Sabah, Cawangan Sandakan itu adalah bagi membentang­kan aktiviti perniagaan koperasi sejak Mei 2017 dan perbincang­an bersama ahli untuk memutuskan isu-isu yang berkaitan.

Selain itu, pembentang­an dua usul yang perlu dipersetuj­ui oleh semua ahli sebelum boleh dilaksanak­an iaitu berkenaan projek perumahan Taman Sawit dan pengangkut­an FFB di Mensuli.

Dalam pada itu, penerangan mengenai perjanjian inovasi usahasama terkini bagi pembanguna­n fasa 1A dan 4A Taman Sawit, Balung dan menerangka­n agenda meluluskan tambahan had maksima pinjaman luar bagi projek pengangkut­an buah tandan segar di ladang Sawit Kinabalu.

Pengerusi KKSKSB Mohd Sufri Mohd Hajar berkata, berdasarka­n prestasi semasa, sejak Julai hingga September 2017, koperasi secara konsisten telah mendapat keuntungan yang memberangs­angkan dan dijangkaka­n awal 2018 koperasi akan mencatatka­n keuntungan yang sangat positif.

“Anggota lembaga juga akan sentiasa meneliti semua terma dalam perjanjian perniagaan yang dibuat oleh koperasi sekiranya tidak memberikan faedah tambahan kepada koperasi perjanjian itu tidak akan diteruskan.

“Sekalung tahniah kepada semua jawatankua­sa yang telah berjaya menganjurk­an mesyuarat khas ini dan semoga ia dapat memberikan pencerahan berkenaan aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh pihak lembaga untuk kepentinga­n semua ahli koperasi,” katanya.

 ??  ?? AHLI jawatankua­sa koperasi ketika mesyuarat itu.
AHLI jawatankua­sa koperasi ketika mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia