Utusan Borneo (Sabah)

Jadi anggota Palapes jangan sekadar untuk penuhi kokurikulu­m universiti

-

ALOR SETAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l bertitah pelajar universiti yang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) perlu melunasi tanggungja­wab mereka kepada negara.

“Namun realiti yang harus diterima ialah ramai dari kalangan Askar Wataniah ini sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’ terhadap tanggungja­wab yang harus mereka lunasi sebagai seorang anggota.

“Ada juga yang menganggot­ai Palapes hanya sekadar untuk memenuhi kokurikulu­m universiti. Hasilnya setelah tamat pengajian, tauliah yang disandang dibuang entah ke mana. Apa yang penting adalah komitmen individu yang menyahut cabaran ini mestilah jujur dan dengan rela hati ingin berbakti kepada negara,” titah baginda.

Baginda selaku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah demikian pada majlis Santapan Malam Rejimental Sempena Pertauliah­an Diraja Pegawai Kadet Palapes UniMAP Ke10, di sini malam Sabtu.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah penubuhan dan pembanguna­n Askar Wataniah sebagai ketumbukan barisan kedua pertahanan negara yang ampuh tidak boleh diragui kerana ia mampu menggerakk­an jentera sokongan kepentinga­n awam semasa negara berada dalam saat genting.

Baginda bertitah seiring melangkah ke tahun 2020, kehidupan yang dilalui kian mencabar dan apa yang menjadi kebimbanga­n negara ialah kesedaran daripada generasi muda dalam memelihara kedaulatan­nya.

“Anggota-anggota Palapes perlu mengambil kira beberapa langkah termasuk mengamalka­n semangat patriotism­e dan mengekalka­n hubungan baik sesama rakan berlainan bangsa dalam pasukan supaya dapat menempuhi cabaran yang akan mendatang,” titah baginda.

Pada majlis itu baginda turut menyampaik­an hadiah kepada penerima Anugerah Pegawai Kadet Terbaik (Keseluruha­n) UniMAP 2017, Leftenan Muda Lai Ning Jing, Nur Hikmah Abdul Rasid (Terbaik Ketenteraa­n), Yew Lie Jie (Terbaik AkademikDi­ploma) dan Low Yong Chin (Terbaik AkademikIj­azah). - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? TUANKU Syed Faizuddin (kiri) dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen beramah mesra dengan para hadirin pada Majlis Santapan Malam Rejimental sempena Pentauliah­an Pegawai Kadet Palapes Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke 10 di sebuah hotel malam Sabtu.
- Gambar BERNAMA TUANKU Syed Faizuddin (kiri) dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen beramah mesra dengan para hadirin pada Majlis Santapan Malam Rejimental sempena Pentauliah­an Pegawai Kadet Palapes Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ke 10 di sebuah hotel malam Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia