Utusan Borneo (Sabah)

Najib ceriakan pagi Ahad penduduk Kerinchi

-

KUALA LUMPUR: Suasana di sekitar kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di Lembah Pantai pagi Ahad bertukar ceria dengan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang tiba kirakira 10.45 pagi melakukan tinjauan di pasar tani berhampira­n serta bersalaman dan berbual mesra bersama peniaga di kawasan itu.

Dalam kunjungan itu, N aji b antara lain bertanyaka­n kepada para peniaga tentang harga barangan seperti ayam, ikan dan sayursayur­an.

Najib kemudianny­a menyertai orang ramai bersarapan di Kedai Pak Ayop Tip Top dengan pelbagai hidangan tradisiona­l disediakan seperti nasi lemak dan kuih-muih.

Perdana Menteri memilih untuk menikmati nasi lemak dan kuih putu piring, selain minuman teh tarik kurang manis.

Bercakap kepada media selepas selesai bersarapan, Najib yang berada di situ lebih kurang 40 minit berkata beliau berbesar hati dapat meluangkan masa bersama komuniti setempat, khususnya untuk mengetahui lebih dekat sebarang kemusykila­n yang dihadapi mereka.

“Saya nak nyatakan bahawa mereka begitu senang hati dengan Bajet 2018 yang menyeluruh dan inklusif...ia bukti bahawa apa yang kita dah umumkan menyentuh hati rakyat hingga peringkat akar umbi dengan bajet yang mesra rakyat.

“Mereka nak seseorang yang boleh berkhidmat untuk mereka, jadi kita kena pilih wakil rakyat yang boleh berkhidmat,” katanya.

Menurut Najib, beberapa keperluan di kawasan PPR itu akan ditambah termasuk beberapa projek perumahan mampu milik pada masa depan.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional akan terus melakukan yang terbaik untuk kemajuan negara, sekali gus mencapai aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dengan berpaksika­n kesejahter­aan dan kebajikan rakyat.

Turut hadir pada program itu Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? NAJIB (duduk, tengah) beramah mesra dengan para penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Pantai pada lawatan di pasar tani dan sesi santai bersama penduduk setempat di Pantai Dalam, Lembah Pantai pada Ahad.
- Gambar BERNAMA NAJIB (duduk, tengah) beramah mesra dengan para penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Pantai pada lawatan di pasar tani dan sesi santai bersama penduduk setempat di Pantai Dalam, Lembah Pantai pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia