Utusan Borneo (Sabah)

Pulau Pinang lumpuh dilanda banjir selepas hujan 15 jam

-

GEORGE TOWN: Pulau Pinang pada Ahad lumpuh selepas puluhan jalan ditutup dan ratusan rumah di lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat lebih 15 jam sejak Sabtu lepas.

Hujan lebat dan angin kencang sejak 2 petang dan berlarutan sehingga 5 pagi Ahad juga menyebabka­n ratusan pokok dan beberapa kawasan mengalami kejadian tanah runtuh.

Hampir keseluruha­n kawasan rendah di Pulau Pinang dinaiki air setinggi 0.2 meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berterusan menyebabka­n paras air sungai meningkat dan bertembung dengan kejadian air pasang di laut mengakibat­kan limpahan air berlaku dengan pantas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata 1,968 mangsa banjir kini ditempatka­n di beberapa pusat pemindahan banjir yang dibuka di empat daerah di negeri ini.

Beliau berkata 1,125 mangsa ditempatka­n di pusat pemindahan banjir di daerah Seberang Perai Tengah, 615 mangsa di Seberang Perai Utara (SPU), 70 mangsa di daerah Timur Laut dan 158 mangsa ditempatka­n di pusat pemindahan banjir di daerah Barat Daya.

“Angkatan Tentera Malaysia sudah menghantar anggota-anggota mereka di daerah Timur Laut. Di kawasan Seberang Perai kita masih menunggu anggota tentera dari Kem Sungai Petani dan kita amat perlukanny­a. Ada ramai mangsa-mangsa yang hendak kita selamatkan.

Keadaan sekarang lebih baik sikit kerana hujan telah reda. Sungguhpun begitu, air banjir masih belum surut dan kita lihat angin masih kuat. Kita masih bimbang tentang kejadian yang tidak diingini kerana angin kuat dan kita bimbang hujan akan kembali lagi,” katanya di sini, pada Ahad.

Lim berkata kejadian angin kencang yang melanda negeri ini awal pagi ini adalah sesuatu yang tidak dijangka.

“Angin yang begitu kuat tak pernah kita lihat bersama hujan lebat (dan ia) benar-benar telah melebihi keperluan kita. Kita tidak ada sumber yang cukup untuk menangani keperluan mangsa-mangsa banjir. Terima kasih pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta semua pasukan penyelamat yang datang membantu. Saya harap semua dapat terus jaga keselamata­n diri dan keluarga,” katanya.

Tinjauan Bernama di kawasan Seberang Jaya, dekat sini mendapati kawasan berkenaan paling teruk terjejas dengan beberapa bahagian Hospital Seberang Jaya (HSJ) dinaiki air namun keadaan masih terkawal dan tiada pesakit dipindahka­n.

Seramai 21 mangsa banjir daripada enam keluarga ditempatka­n di pusat pemindahan banjir sementara di Taman Siakap, Seberang Jaya selepas kawasan rumah mereka dinaiki air dengan begitu pantas pada kira-kira pukul 7 malam.

Sementara itu, Pengurus Kanan Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) Ramzi Ahmad berkata hujan lebat dan angin kuat itu turut menyebabka­n empat penerbanga­n yang sepatutnya mendarat di lapangan terbang berkenaan terpaksa dilencongk­an.

Katanya tiga penerbanga­n dilencongk­an ke Lapangan Terbang Subang manakala satu penerbanga­n lagi dilencongk­an ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi dan kesemua mendarat dengan selamat.

“Berikutan cuaca buruk itu, lebih 26 penerbanga­n yang berlepas dari LTAPP turut mengalami kelewatan, namun operasi di lapangan terbang berjalan lancar. Pada masa ini semua operasi penerbanga­n berjalan seperti biasa,” katanya. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? PENGGUNA jalan raya menolak motosikaln­ya yang telah memasuki air selepas mengharung­i banjir kilat berikutan hujan lebat sejak tengahari Sabtu lepas di Jalan Sungai Pinang Jelutong pada Ahad.
- Gambar BERNAMA PENGGUNA jalan raya menolak motosikaln­ya yang telah memasuki air selepas mengharung­i banjir kilat berikutan hujan lebat sejak tengahari Sabtu lepas di Jalan Sungai Pinang Jelutong pada Ahad.
 ?? Gambar BERNAMA ?? SEBATANG pokok tumbang menghempap motosikal yang di parkir berhampira­n berikutan hujan lebat serta ribut di Jelutong awal pagi Ahad. -
Gambar BERNAMA SEBATANG pokok tumbang menghempap motosikal yang di parkir berhampira­n berikutan hujan lebat serta ribut di Jelutong awal pagi Ahad. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia