Utusan Borneo (Sabah)

Mantapkan hubungan dua hala

Juhar, Norlidah hadiri Malam Gala Sambutan Ulang Tahun Ke-60 UK-Malaysia

-

YANG Dipertua Negeri Tun Dr Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni berada di ibu negara sejak 2 November sehingga Ahad.

Juhar dan Norlidah menghadiri Majlis Malam Gala Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Hubungan Dua Hala Antara United Kingdom dan Malaysia di Kuala Lumpur.

Majlis itu juga dihadiri Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Permaisuri Tuanku Zara Salim serta pasangan diraja, Prince of Wales Putera Charles dan isteri Duchess of Cornwall Camilla Parker Bowles.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan kedua-dua negara diikuti ucapan Prince of Wales.

Menyusul selepas itu, acara toast daripada Prince of Wales untuk Malaysia dengan diiringi lagu kebangsaan, Negaraku.

Kemudian, acara toast balas oleh Raja Nazrin Shah untuk negara British dengan diiringi lagu kebangsaan Britain.

Beberapa persembaha­n menarik daripada keduadua negara dipersemba­hkan ketika jamuan makan malam bermula.

Putera Charles dan isteri berada di Malaysia dalam Jelajah Musim Luruh Diraja bermula 2 hingga 8 November ini dan dijadualka­n melawat ke beberapa lokasi antaranya Perak, Sarawak, Pulau Pinang selain Kuala Lumpur.

Turut berangkat, Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan Permaisuri Tengku Permaisuri Norashikin Abd Rahman, Raja Permaisuri Johor Raja Zarith Sofia, Sultan Kedah dan Permaisuri, Tunku Temenggung Johor dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis serta Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. - Jabatan Penerangan

 ??  ?? JUHAR dan Norlidah (kanan) ketika melangkah masuk ke dalam dewan.
JUHAR dan Norlidah (kanan) ketika melangkah masuk ke dalam dewan.
 ??  ?? JUHAR (dua dari kiri) dan Norlidah sebaik tiba di majlis itu.
JUHAR (dua dari kiri) dan Norlidah sebaik tiba di majlis itu.
 ??  ??
 ??  ?? JUHAR bersama Abdul Taib (tengah) dan Anifah (kanan).
JUHAR bersama Abdul Taib (tengah) dan Anifah (kanan).
 ??  ?? PUTERA Charles bersalaman dengan Juhar, sambil diperhatik­an Abdul Taib (tengah).
PUTERA Charles bersalaman dengan Juhar, sambil diperhatik­an Abdul Taib (tengah).
 ??  ?? JUHAR (kanan) ketika membincang­kan sesuatu bersama Sultan Nazrin (dua dari kiri) dan Sultan Sharafuddi­n (tiga dari kiri).
JUHAR (kanan) ketika membincang­kan sesuatu bersama Sultan Nazrin (dua dari kiri) dan Sultan Sharafuddi­n (tiga dari kiri).
 ??  ?? NORLIDAH (kanan) bersalaman dengan Raja Zarith Sofia, sambil diperhatik­an Ragad.
NORLIDAH (kanan) bersalaman dengan Raja Zarith Sofia, sambil diperhatik­an Ragad.
 ??  ?? NORLIDAH (lima dari kiri) bersama Rosmah (enam dari kiri) di meja santapan.
NORLIDAH (lima dari kiri) bersama Rosmah (enam dari kiri) di meja santapan.
 ??  ?? NAJIB (tiga dari kanan) dan Juhar (empat dari kanan) ketika acara toast.
NAJIB (tiga dari kanan) dan Juhar (empat dari kanan) ketika acara toast.
 ??  ?? PUTERA Charles dan isteri ketika tiba di dewan.
PUTERA Charles dan isteri ketika tiba di dewan.
 ??  ?? NAJIB (tiga dari kanan) berbincang sesuatu bersama Juhar.
NAJIB (tiga dari kanan) berbincang sesuatu bersama Juhar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia