Utusan Borneo (Sabah)

Jepun hentian pertama jelajah Asia Trump

Presiden AS itu dikecam kerana memburukka­n krisis nuklear Korea Utara dengan retoriknya

-

TOKYO: Presiden Donald Trump semalam mengeluark­an amaran keras bahawa tiada diktator harus memandang rendah Amerika Syarikat (AS) ketika beliau memulakan jelajah Asia yang didominasi krisis nuklear Korea Utara.

Bercakap di hadapan kakitangan ketenteraa­n yang bersorak-sorai di Pangkalan Udara Yokota barat Tokyo beberapa minit sejurus mendarat, Trump berkata, tiada sesiapa baik diktator, rejim dan negara harus memandang rendah tekad Amerika.

“Dulu sesekali mereka memandang rendah kita dan akibatnya tidak begitu bagus bukan?” laung Trump.

“Kita tidak akan pernah menyerah, mengalah atau tunduk untuk mempertaha­nkan rakyat, kebebasan dan bendera Amerika kita.”

Lawatan maraton Trump dibuat susulan jet pengebom AS berterbang­an di semenanjun­g Korea dan kebimbanga­n mengenai satu lagi ujian misil Pyongyang.

Menurut The Washington Post, pegawai Pentagon memberi amaran satu-satunya cara mengesan dan menguasai tapak senjata nuklear Utara adalah menerusi penceroboh­an darat.

Korea Utara sendiri mengalu-alukan lawatan Trump ke wilayah itu dengan bidasan sarat retorik menerusi akhbar parti pemerintah Rodong Sinmun, memberi amaran ‘presiden yang tidak stabil rohaninya itu untuk tidak membuat kenyataan semberono’.

Hentian pertama presiden adalah Jepun dan Korea Selatan, sekutu barisan ha- dapan dalam usaha memaksa Pyongyang melucutkan program nuklearnya.

Lawatan dimulakan dengan acara golf bersama ‘rakannya’ Perdana Menteri Shinzo Abe di mana keduaduany­a mempunyai hubungan peribadi yang rapat.

Abe kelihatan seronok bermain golf bersama Trump apabila mengulas dalam Twitter, “Satu pusingan golf bersama sahabat yang mengagumka­n (Trum), penuh dengan perbualan rancak.”

Tatkala Trump bermain golf bersama Abe, Wanita Pertama Melania Trump dibawa meninjau premis utama mutiara Mikimoto di daerah beli-belah mewah Ginza oleh Akie Abe, isteri Abe.

Mikimoto memperkena­lkan dua penyelam ‘ama’ yang secara tradisinya menuai mutiara, lengkap dengan kostum putih, gogel besar dan baldi kayu, untuk menjelaska­n penternaka­n mutiara kepada Melania dan turut menyiarkan video.

Jepun terkenal sebagai negara pengeluar mutiara kultur paling berkualiti tinggi.

Salah seorang penyelam terbabit, Miaki Okumura, 57, memberitah­u wartawan selepas kedua-dua tetamu kenamaan itu beredar: “Saya ditanya sedalam mana perairan yang kami selami dan berapa lama saya boleh bertahan di dalam air.”

“Saya memberitah­u kedalamann­ya antara lima hingga enam meter dan saya boleh menahan nafas antara 40 hingga 50 saat.”

Melania bergambar dengan Akie dan kedua-dua penyelam terbabit tetapi tidak membuat sebarang kenyataan kepada media.

Selepas Jepun, Trump melawat Seoul di mana hubunganny­a dengan Presiden Moon Jae-in kelihatan lebih dingin.

Ribuan rakyat Korea Selatan mengadakan protes semalam bagi mengecam lawatan beliau dan menyeru keamanan.

Trump dijangka melawat esok dan lusa dalam bahagian lawatan pertamanya ke Asia sebagai ketua negara yang turut melibatkan Vietnam, China dan Filipina.

Beliau dijadual mengadakan sidang kemuncak dengan Moon dan melawat pangkalan tentera AS di sana.

“Kami menentang perang! Rundingkan keamanan,” kata penunjuk perasaan di tengah Seoul, di mana ramai mengecam Trump dan Kim Jong-un kerana memburukka­n risiko konflik.

“Trump dan Kim memperguna­kan krisis ketenteraa­n semasa demi kelebihan politik mereka sendiri, tatkala kami rakayt Korea Selatan menggeleta­r kerana takutkan perang!’ kata seorang aktivis di atas pentas semasa protes tersebut yang dianggarka­n disertai kirakira 5,000 orang.

Meskipun Trump kerap berhubung dengan Abe semasa krisis Korea Utara, beliau langsung tidak menghubung­i Moon buat beberapa hari selepas ujian misil balistik antara benua kedua Pyongyang pada Julai.

Dari Seoul, Trump akan melawat China untuk bertemu rakan sejawatan Xi Jinping, di mana sebelum lawatannya menyatakan China mungkin mempunyai masalah besar dengan ‘negara pahlawan’ Jepun sekiranya isu Korea Utara tidak diselesaik­an.

Beliau juga dijangka menghadiri sidang kemuncak Pacific Rim di Vietnam sebelum menyertai perhimpuna­n para pemimpin Asia Tenggara. — AFP

 ??  ?? TRUMP dan Abe menunjukka­n topi yang telah ditandatan­gani dengan slogan ‘Donald dan Shinzo Menjadikan Pakatan Lebih Hebat’, sebelum makan tengah hari dan bermain golf di Kelab Golf Kasumigase­ki di Kawagoe, semalam. — Gambar Reuters
TRUMP dan Abe menunjukka­n topi yang telah ditandatan­gani dengan slogan ‘Donald dan Shinzo Menjadikan Pakatan Lebih Hebat’, sebelum makan tengah hari dan bermain golf di Kelab Golf Kasumigase­ki di Kawagoe, semalam. — Gambar Reuters
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia