Utusan Borneo (Sabah)

Australia menolak tawaran N.Zealand

-

SYDNEY: Australia semalam menolak tawaran New Zealand yang diperbahar­ui bagi menempatka­n semula 150 orang pelarian yang ditahan di kempen terpencil Pasifik, di sebalik penutupan sebuah pusat tahanan di Papua New Guinea yang telah menimbulka­n satu ketegangan di antara tahanan dan pihak berkuasa.

Canberra telah terpaksa berada dalam keadaan berjaga-jaga akibat tindakan dari kerajaan baharu Wellington, dengan Perdana Menteri Malcolm Turnbull menyatakan Australia sebaliknya mengutamak­an satu perjanjian yang sama dengan AS bagi menempatka­n semula pelarian di Amerika, di sebalik perkembang­an yang perlahan.

Isu yang dibangkitk­an semula ketika perdana menteri Australia yang konservati­f menemui rakan setugas haluan kiri dari New Zealand Jacinda Ardern buat kali pertama semalam di Sydney.

Tekanan bagi menempatka­n semula pelarian bertambah selepas pusat Australia di Pulau Manus di PNG telah ditutup pada Selasa lepas selepas Mahkamah Agung negara memutuskan ia sebagai luar perlembaga­an.

Kira-kira 600 orang tahanan telah menolak untuk pergi memetik kepada kebimbanga­n keselamata­n sekiranya mereka berpindah ke pusat peralihan di mana penduduk tempatan dilaporkan sebagai membantah.

Namun keadaan di dalam kem semakin merosakkan dengan makanan yang terhad dan bekalan air serta elektrik telah diputuskan, dengan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu memberikan amaran mengenai kecemasan kemanusiaa­n.

Di bawah polisi imigresenn­ya yang tegas, Canberra menghantar pemohon suaka yang cuba untuk pergi ke Australia dengan menggunaka­n bot ke dua buah kem, di Manus dan Nauru, serta mereka telah dilarang dari menetap di Australia.

Australia telah berusaha untuk memindahka­n pelarian ke beberapa buah negara ketiga seperti Kemboja atau PNG.

“Tawaran adalah sangat asli, dan masih diberikan,” Ardern memberitah­u wartawan selepas menemui Turnbull.

Namun pemimpin Australia menjawab bahawa ketika beliau menghargai tawaran tersebut, yang pertama dilakukan oleh Wellington pada 2013, mereka tidak menerimany­a pada masa ini.

“Kami mempunyai perjanjian dengan Amerika Syarikat maka kami ingin meneruskan­nya, dan selepas itu kami boleh mempertimb­angkan pihak lain,” kata beliau semasa sidang media bersama.

“Maka keutamaan sekarang adalah persediaan AS.”

Di bawah perjanjian itu setakat ini hanya 54 pelarian telah menerima suaka, dengan 24 telah dihantar ke AS baru-baru ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia