Utusan Borneo (Sabah)

27 korban Damrey di selatan Vietnam

-

DANANG: Sekurangku­rangnya 27 maut dan 22 hilang selepas Taufan Damrey membadai Vietnam, kata pihak berkuasa semalam.

Ratusan ribu rumah musnah dan lebuh raya ditenggela­mi air beberapa hari sebelum negara itu mengalu-alukan ketibaan para pemimpin dunia pada sidang kemuncak APEC.

Ribut tersebut yang mendarat kelmarin, adalah yang terburuk sejak puluhan tahun dan membadai wilayah pesisiran pantai selatan di kawasan yang lazimnya jarang dibadai taufan kerana lebih kerap berlaku di wilayah jauh utara.

Lebih 40,000 rumah rosak ketika hujan lebat dan angin selaju 130 kilometer sejam membadai kawasan tersebut, menyebabka­n puluhan maut dan hilang, menurut pejabat pengurusan bencana.

Wilayah pesisiran pantai Khanh Hoa yang terkenal dengan pantai berpasir putih Nha Trang, paling teruk terjejas dengan 16 kematian dan 10 kecederaan, menurut kerajaan.

Lebih 30,000 dipindahka­n menjelang kemaraan ribut di tengah Vietnam, termasuk pelancong asing.

Gambar menunjukka­n para penduduk meredah banjir separas lutut di beberapa bandar manakala tiang elektrik dan pokok tumbang menghadang jalan raya.

Kira-kira 300 kapal musnah, menurut kerajaan, manakala pihak berkuasa tempatan berkata bandar Tuy Hoa di wilayah Phu Yen tidak pernah menyaksika­n kemusnahan seteruk ini.

Terdapat laporan mengenai kerosakan lebih kecil kira-kira 500 kilometer ke utara di Danang, bandar pesisiran pantai yang akan menganjurk­an sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) minggu depan.

Penduduk tempatan berkata, angin kuat dan hujan lebat menumbangk­an papan tanda yang mempromosi­kan sidang tersebut yang bakal dihadiri Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan rakan sejawatann­ya dari China Xi Jinping.

Kira-kira satu jam pemanduan ke selatan di Hoi An, bandar pelabuhan indah dan hentian popular pelancong ke Vietnam, penduduk tempatan berkata air setinggi 1.5 meter menjejaska­n beberapa bahagian di bandar itu.

“Air mulai naik di kawasan lama,” menurut Dinh Thi Xuan Hoa kepada media tempatan VNExpress, merujuk kepada bahagian bandar itu yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ekoran seni binanya yang unik.

Vietnam telah dibadai kira-kira 12 ribut utama sejak awal tahun ini, membabitka­n 240 kematian atau kehilangan dalam banjir dan tanah runtuh.

Kira-kira 80 maut dalam tempoh beberapa minggu selepas Taufan Doksuri membadai wilayah tengah pada September, memusnahka­n ribuan rumah dan mencetuska­n banjir teruk.

Bank Dunia berkata, bencana alam di Vietnam menyebabka­n lebih 13,000 maut dan kerosakan harta benda lebih AS$6.4 bilion sejak 20 tahun lalu. — AFP

 ??  ?? PENDUDUK meredah banjir yang menenggela­mi lebuh raya di wilayah tengah Dak Lak susulan kemaraan Taufan Damrey kelmarin. — Gambar AFP
PENDUDUK meredah banjir yang menenggela­mi lebuh raya di wilayah tengah Dak Lak susulan kemaraan Taufan Damrey kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia