Utusan Borneo (Sabah)

Senator diterkam jiran

-

WASHINGTON: Senator Republikan Rand Paul mengalami kecederaan ringan selepas diserang di rumahnya di negeri selatan Kentucky oleh seorang jiran yang menerkamny­a dari belakang, menurut satu laporan berita kelmarin.

Anggota polis negeri tiba di rumah Paul di Bowling Green, daerah Warren pada petang Jumaat lepas untuk menyiasat laporan tentang satu serangan dan menangkap Rene Boucher, 59, menurut kenyataan daripada Polis Negeri Kentucky.

“Setelah mereka tiba, didapati Rene Boucher secara sengaja telah menyerang Paul, menyebabka­n kecederaan ringan,” kenyataan itu menyebut.

Boucher didakwa atas satu tuduhan melakukan serangan darjah keempat.

Menurut satu waran tangkap yang diperolehi Politico, Paul diterkam dari belakang oleh jirannya itu, yang mengakui peranannya dalam serangan itu.

Paul mendapatka­n rawatan atas kemungkina­n kecederaan tulang rusuk yang menyebabka­nnya mengalami kesukaran untuk bernafas, selain daripada pendarahan akibat kecederaan di sekitar mulutnya, menurut waran berkenaan.

“Senator Paul diserang dari belakang,” kata jurucakapn­ya Kelsey Cooper, kepada Politico.

“Penyerang ditangkap dan kejadian kini dalam siasatan polis.

“Senator Paul sendiri baik sahaja,” katanya.

Setakat ini tidak diketahui punca yang mendorong serangan itu.

Paul, 54, menjalanka­n kempen yang tidak berjaya pada tahun lepas untuk menjadi calon Republikan bagi Rumah Putih.

Ahli politik yang memperjuan­gkan kebebasan bersuara itu menegaskan hak individu dan privasi, dan menyumbang undi ‘tidak’ yang penting bagi menggagalk­an pelan partinya untuk merombak pembaharua­n penjagaan kesihatan bekas presiden Barack Obama. — AFP

 ??  ?? GAMBAR fail 18 Julai menunjukka­n Rand bercakap kepada wartawan di Capitol Hill, Washington manakala gambar sisipan menunjukka­n Boucher. — Gambar Reuters
GAMBAR fail 18 Julai menunjukka­n Rand bercakap kepada wartawan di Capitol Hill, Washington manakala gambar sisipan menunjukka­n Boucher. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia