Utusan Borneo (Sabah)

Skandal seks, menteri Scotland letak jawatan

-

LONDON: Seorang menteri muda dalam kerajaan Scotland meletak jawatan kelmarin selepas mengaku menunjukka­n kelakuan tidak sewajarnya, ketika skandal seks dalam politik British terus memuncak.

Menteri penjagaan kanakkanak Mark McDonald turut memohon maaf.

“Beberapa tindakan saya pada masa lalu telah dianggap tidak wajar, di mana saya percaya saya sekadar berlawak atau cuba bermesra, tetapi kelakuan saya telah membuatkan orang lain tidak selesa atau menyebabka­n mereka mempersoal niat saya,” katanya.

Jurucakap kerajaan mengesahka­n McDonald sudah mengemukak­an surat peletakan jawatan kepada Menteri Pertama Nicola Sturgeon pada awal kelmarin.

Beliau dijangka masih menjadi penggubal undangunda­ng dalam Parlimen Scotland, mewakili Parti Nasional Scotland pimpinan Sturgeon di Aberdeen.

Rabu lepas, Michael Fallon meletak jawatan sebagai setiausaha pertahanan, dan berkata kelakuanny­a pada masa silam jatuh di bawah standard tinggi yang dijangkaka­n daripada jawatan tersebut.

Beliau sebelum itu memohon maaf kerana menyentuh lutut seorang wartawan 15 tahun lalu.

Seorang lagi wartawan mendakwa lewat kelmarin bahawa Fallon ‘menerkam’ dan cuba menciumnya, selepas makan tengah hari pada 2003.

Jane Merrick, pemberita politik ketika itu, menulis dalam akhbar The Observer bahawa beliau tidak melaporkan Fallon kerana beliau takut untuk membuat musuh.

Namun selepas dakwaan lain muncul, beliau memaklumka­n pejabat May di Downing Street perkara yang telah berlaku dan kurang tiga jam kemudian, Fallon mengumumka­n peletakan jawatannya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia