Utusan Borneo (Sabah)

Militan Al-Qaeda serang, tahan pegawai Yaman

-

ADEN: Militan disyaki anggota Al-Qaeda melancar-kan dua pengeboman nekad dan menahan tebusan semalam di Aden, kata pegawai.

Enam pegawai keselamata­n maut dalam serangan ke atas ibu pejabat keselamata­n dan unit siasatan jenayah di daerah tengah Khor Maksar di Aden di mana kerajaan yang diiktiraf antarabang­sa berpangkal­an.

Pegawai berpangkat tinggi dalam pasukan keselamata­n negara berkata, sebuah kereta sarat bahan letupan yang dipandu seorang anggota Al-Qaeda meletup di luar ibu pejabat keselamata­n, menyebabka­n kematian enam pegawai terbabit.

Penyerang kedua maut dalam pertempura­n bersenjata antara polis dan militan selepas itu.

Militan turut menyerbu bangunan serta membakar fail dan arkib, kata pegawai terbabit.

Tidak lama kemudian, sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu unit yang bersebelah­an ibu pejabat keselamata­n ketika seorang pengebom nekad meledakkan tali pinggang bom di dalam bangunan tersebut, menurut sumber unit.

Seorang lagi penyerang turut mati di tempat kejadian.

Kumpulan penyerang terbabit menahan sejumlah detektif polis daripada unit itu, menurut sumber.

Dua anggota polis wanita ditembak mati di kepala oleh para penyerang yang juga dipercayai ada kaitan dengan Al-Qaeda.

Dalam pada itu, Arab Saudi kelmarin memintas dan memusnahka­n satu misil balistik dekat lapangan terbang antarabang­sa Riyadh yang dilancarka­n dari Yaman, dalam peningkata­n perang dengan pemberonta­k Huthi yang disokong Iran.

Satu letupan kuat kedengaran dan puing berasap mendarat di dalam Lapangan Terbang Antarabang­sa Raja Khalid di utara Riyadh selepas misil itu ditembak jatuh, tetapi pihak berkuasa melaporkan tiada kematian atau kerosakan besar.

Pemberonta­k Huthi yang melepaskan misil tersebut dari wilayah Yemen kirakira 1,200 kilomter dari Riyadh mengakui menyasari lapangan terbang itu, menurut saluran televisyen Al-Masirah milik Huthi. — AFP

 ??  ?? SEORANG wartawan (kanan) dan para pejuang Huthi memeriksa tempat kejadian serangan udara di dataran perarakan di Sanaa, kelmarin. — Gambar Reuters
SEORANG wartawan (kanan) dan para pejuang Huthi memeriksa tempat kejadian serangan udara di dataran perarakan di Sanaa, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia