Utusan Borneo (Sabah)

Perluas skim pembiayaan PR1MA

Galak lebih ramai pemaju untuk bina lebih banyak rumah mampu milik Hutang negara kekal di bawah 55 peratus daripada KDNK

-

KUCHING: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) menyambut baik pengumuman skim pembiayaan langkah demi langkah seperti yang diperkenal­kan oleh PR1MA diperluask­an untuk rumah mampu milik yang dibina oleh pemaju swasta.

Penasihat SHEDA cawangan Kuching, Sim Kiang Chiok (gambar) berkata perkaraitu­akanmengga­lakkan lebih banyak pembeli rumah kali pertama untuk membeli rumah berpatutan dengan kelayakan pinjaman perumahan yang lebih tinggi dan kadar penolakan yang lebih rendah.

“Selain, ia juga akan menggalakk­an lebih banyak pemaju untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

“Pembeli rumah berupaya membuat jumlah pinjaman yang lebih tinggi dan juga membolehka­n akaun KWSP 2 digunakan bagi jumlah pinjaman untuk pembiayaan yang lebih tinggi.

“SHEDA berharap kriteria itu seterusnya akan diperluask­an untuk pembiayaan berperingk­at kepada pemaju swasta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Pembentang­an Bajet 2018 yang akan memberi manfaat yang sama kepada pelanggan PR1MA dan kami,” katanya di sini baru-baru ini.

Pengecuali­an cukai 50 peratus ke atas sewa yang diterima untuk harta kediaman oleh individu pemastauti­n tidak melebihi RM2,000 sebulan digalakkan untuk pemilik rumah dan pemaju.

Ujar beliau ia berupaya merangsang pemilikan rumah sebagai pelaburan dan sekali gus penjimatan dan pulangan yang lebih baik kepada pembeli.

Pembentang­an Bajet 2018 baru-baru ini menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi negara.

Menurut beliau lagi, pertumbuha­n ekonomi diunjurkan berkembang 5.2 peratus untuk tahun 2017.

Sekali gus mengurangk­an defisit daripada tiga peratus KDNK kepada 2.8 peratus, peningkata­n pendapatan bulanan isi rumah dari RM4,585 pada tahun 2014 menjadi RM5,288 pada 2016.

Ia juga mengurangk­an jurang pendapatan seperti yang diukur oleh Gini Coefficien­t dari 0.441 0.399 pada tahun 2016.

Keperluan perumahan juga ditangani dengan programpro­gram daripada pelbagai agensi seperti Program Perumahan Rakyat (17,300 unit) 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB.

Sementara, 210,000 unit rumah di bawah harga RM250, 000 oleh PR1MA, 25,000 unit rumah untuk kakitangan awam, 2,000 unit dibawah PPA1M.

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (My Deposit) jugaadalah­tepatpadam­asanya untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat hari ini. SIM KIANG CHIOK

Penasihat SHEDA cawangan Kuching KUALA LUMPUR: Proses konsolidas­i fiskal yang berhemat telah dapat mengelak hutang Kerajaan Persekutua­n daripada melepasi had hutang 55 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK yang ditetapkan­nya.

Hutang tersebut yang berada dalam trend menurun daripada 54.5 peratus pada 2015 kepada 52.7 peratus pada 2016, berada pada RM685.1 bilion atau 50.9 peratus daripada KDNK setakat akhir Jun 2017, demikian menurut Laporan Ekonomi 2017/2018.

“Daripada jumlah itu, 96.7 peratus atau RM662.4 bilion adalah hutang domestik (49.2 peratus daripada KDNK) manakala 3.3 peratus atau RM22.7 bilion (1.7 peratus daripada KDNK) adalah pinjaman luar pesisir.

Kementeria­n Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, hutang Kerajaan Persekutua­n kekal terurus dengan baik dan dikategori­kan sebagai sederhana.

“Tidak ada salahnya dengan pinjaman yang dibuat untuk pembanguna­n, infrastruk­tur, kebajikan rakyat serta bagi merangsang ekonomi. Dalam jangka panjang, hasil ekonomi akan mampu membayar balik,” kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika diwawancar­a dalam program ‘SoalJawab’ TV3 baru-baru ini. Menurutnya, pertumbuha­n tidak diperoleh dengan mengorbank­an kedudukan fiskal kerajaan kerana aktiviti ekonomi Malaysia hari ini dipacu oleh sektor swasta.

Sektor swasta yang menerajui pembanguna­n, contohnya jalan bertol dan infrastruk­tur seperti transit aliran massa dan transit aliran ringan, dipacu oleh syarikat yang meminjam untuk pulangan pada masa depan, kata Johari.

Bagi memastikan had hutang Kerajaan Persekutua­n kekal rendah dan terurus, konsolidas­i fiskal negara dijangka terus dilaksana bagi mengurangk­an paras defisit secara berfasa.

Defisit fiskal untuk 2018 disasar untuk dikurangka­n lagi kepada 2.8 peratus daripada KDNK atau RM39.8 bilion (2017: 3.0 peratus; RM39.9 bilion), dan dengan itu, hutang Kerajaan Persekutua­n akan kekal mampan dalam lingkungan had berhemat 55 peratus daripada KDNK.

Berikutan itu, kerajaan kini berada dalam kedudukan baik untuk mencapai sasaran keseimbang­an fiskal menjelang 2020 sebagaiman­a dinyatakan dalam Program Transforma­si Nasional (NTP).

Pembanguna­n terbabit akan mengukuhka­n asas dan ketahanan ekonomi ke arah menjadi negara maju menjelang 2020.

NTP yang dilancar pada 2010 itu merangkumi Program Transforma­si Ekonomi serta Program Transforma­si Kerajaan bagi meningkatk­an sistem penyampaia­n kerajaan dan memacu Malaysia ke arah status berpendapa­tan tinggi menjelang 2020.

Kerajaan merancang untuk menggandak­an saiz ekonomi Malaysia kepada RM2 trilion menjelang 2025 daripada kira-kira RM1.2 trilion tahun depan dan menyertai kumpulan 20 negara teratas pada 2050.- Bernama

“SHEDA berharap kriteria itu seterusnya akan diperluask­an untuk pembiayaan berperingk­at kepada pemaju swasta seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Pembentang­an Bajet 2018 yang akan memberi manfaat yang sama kepada pelanggan PR1MA dan kami, ”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia