Utusan Borneo (Sabah)

Perkhidmat­an Alibaba Cloud dijangka kukuhkan pusat data di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Perlaksana­an perkhidmat­an AlibabaClo­uddiMalays­iaakan menyaksika­n peningkata­n jumlah gabungan dan migrasi pusat data di negara ini.

Ia akan membolehka­n penyedia perkhidmat­an awan ketika ini melihat semula strategi pusat data masingmasi­ng, membolehka­n mereka mendapat manfaat daripada pusat data lebih bertumpu dan berskala besar, kata IDC Malaysia.

Ketua Perkhidmat­an Sreenath Kandarpah berkata pusat data merupakan tulang belakang yang menyokong pertumbuha­n syarikat besar, perusahaan kecil dan sederhana serta pemula niaga.

“Pada masa lalu, Singapura dilihat sebagai hab serantau bagi peserta global untuk membina pusat data mereka di seluruh Asean.

“Bagaimanap­un, disebabkan oleh peningkata­n dalam penggunaan awan dan lokasi strategik Malaysia, penyedia perkhidmat­an pusat data dunia sudah menubuhkan atau akan menubuhkan pusat mereka di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sreenath berkata penyedia perkhidmat­an awan tempatan dan global perlu menyusun semula strategi mereka memandangk­an persaingan bagi penyedia perkhidmat­an awan yang memberi tumpuan kepada pasaran tempatan dijangka meningkat.

“Untuk terus berdaya saing, penyedia perkhidmat­an perlu menilai semula pendekatan mereka ke arah perusahaan dengan mewujudkan harga yang menarik dan perkhidmat­an tambahan.

“Perusahaan Malaysia mempunyai keutamaan untuk penyedia perkhidmat­an data global seperti AWS dan Microsoft kerana mereka menawarkan kemampuan perkhidmat­an yang lebih baik, kematangan proses, dan keupayaan untuk membantu mereka membina amalan terbaik untuk persekitar­an IT.

“IDC menjangka landskap ini berubah dengan kehadiran Alibaba. Namun, ia memerlukan banyak usaha di pihak Alibaba untuk membina kepercayaa­n dan keyakinan kerana kematangan pesaing mereka di pasaran,” tambahnya.

Alibaba Cloud, cabang pengkomput­eran awan Alibaba Group, membuka pusat datanya di Malaysia pada 30 Oktober. Memandangk­an permintaan bagi perkhidmat­an pengkomput­eran awan yang berskala besar dan cekap kos dalam kalangan perusahaan di rantau ini, pusat itu akan memberi pilihan kepada syarikat Malaysia untuk membina perniagaan mereka dan menggunaka­n aplikasi di platform awan yang kukuh, boleh dipercayai dan terjamin.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia