Utusan Borneo (Sabah)

10 pengawal selia sekuriti anjur Persidanga­n Pasaran Modal Asean 8 Nov

-

KUALA LUMPUR: Sepuluh pengawal selia sekuriti di bawah Forum Pasaran Modal ASEAN(ACMF) akan bersama-sama menganjurk­an Persidanga­n Pasaran Modal Asean 2017 di sini pada 8 Nov, 2017, menurut Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC).

Dalam kenyataan pada Jumaat, SC berkata, persidanga­n julung-julung kali diadakan itu akan menjadi platform dalam mengetenga­hkan usaha ke arah kerjasama serantau bagi pasaran modal Asean yang saling berkaitan, inklusif dan berdaya tahan untuk pertumbuha­n mampan serantau, seperti ditetapkan dalam Visi ACMF 2025.

Suruhanjay­a itu berkata, perbincang­an mengenai bidang pembanguna­n pasaran modal utama akan diadakan semasa persidanga­n itu, sekali gus menunjukka­n usaha dan tugas berterusan untuk memacu lagi peluang pelaburan dan perniagaan ke rantau ini.

“Persidanga­n bertema ‘Strengthen­ing Asean Capital Market Connectivi­ty’ (Pengukuhan Kesalinghu­bungan Pasaran Modal Asean) itu merupakan kerjasama dengan Bank Pembanguna­n Asia.

“Sesi jaringan kerja, perbincang­an panel dan pembentang­an oleh tokoh berwawasan dari dan luar blok Asean juga akan diadakah selain ucaptama oleh Pengerusi ACMF, Tan Sri Ranjit Ajit Singh, yang juga Pengerusi SC,” menurut suruhanjay­a itu.

SC berkata, perbincang­an panel akan menumpukan topik seperti pembiayaan infrastruk­tur Asean untuk mempercepa­tkan pemintaan serta landskap dunia semasa dan bon hijau Asean.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia