Utusan Borneo (Sabah)

JPS kenal pasti dan selesaikan isu tanah

Bantu industri minyak sawit Sabah capai sasaran pematuhan RSPO menjelang 2025

-

SANDAKAN: Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) sedang mengenal pasti dan menyelesai­kan isu tanah untuk membantu industri minyak sawit negeri ini mencapai sasaran pematuhan penuh di bawah Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) menjelang 2025.

Ketua Pemulihara­an Hutan Datuk Sam Mannan berkata dengan mencapai standard yang ditetapkan di bawah RSPO mengenai alam sekitar dan tadbir urus, Sabah akan dapat bersaing dengan negara lain sebagai pengeluar minyak sawit lestari.

RSPO merupakan organisasi antarabang­sa bukan berasaskan keuntungan yang menggalakk­an produk minyak sawit lestari melalui standard global.

“Seluruh negeri Sabah (minyak sawit yang dihasilkan di negeri ini) akan diperakui menjelang 2025 dan ini boleh dicapai dengan menarik semua penggiat termasuk pekebun kecil untuk mencapai kecekapan dan menguntung­kan dari segi kos,” katanya pada taklimat media di pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, di sini baru-baru ini.

Beliau berkata Jabatan Perhutanan bekerjasam­a dengan peserta minyak sawit di bawah program bidang kuasa RSPO berikutan industri tersebut memainkan DATUK SAM MANNAN Ketua Pemulihara­an Hutan peranan penting dalam menyumbang kepada eksport negeri.

Dalam mencapai bidang kuasa yang ditetapkan oleh RSPO, katanya antara inisiatif utama yang telah dilaksanak­an ialah menilai dan menentukan jenis hutan.

Dengan mengkaji hutan dan membahagik­annya kepada kategori seperti jenis tanah, rizab hutan atau kawasan dengan stok karbon tinggi, akan memudahkan analisis dan keputusan dasar.

Bagaimanap­un, masih terdapat cabaran dalam proses bidang kuasa, terutamany­a dalam menyelesai­kan definisi tanah dengan Nilai Konservasi Tinggi (HCV) dan apa yang membentuk penebangan hutan.

Menurut Sam, langkah ini penting untuk menyelesai­kan isu pampasan dan hutan yang perlu diketepika­n dan tidak disentuh bagi apa sebarang tujuan sekali pun.

Berdasarka­n prinsip dan kriteria RSPO, penanam dikehendak­i melengkapk­an penilaian HCV ke atas tanah untuk penanaman baharu mulai November 2005.

Sementara itu, Pengarah Teknikal RSPO Salahudin Yaacob berkata: “Sebarang penanaman selepas 2005, mesti dlakukan bersama kajian HCV dan sebarang penukaran tanah tidak boleh menjejaska­n kawasan HCV.” — Bernama

“Seluruh negeri Sabah (minyak sawit yang dihasilkan di negeri ini) akan diperakui menjelang 2025 dan ini boleh dicapai dengan menarik semua penggiat termasuk pekebun kecil untuk mencapai kecekapan dan menguntung­kan dari segi kos, ”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia