Utusan Borneo (Sabah)

CIS tingkat kapasiti pengeluara­n penuhi peningkata­n permintaan simen

-

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) akan memperbesa­rkan lagi kapasiti kilang pengeluara­n simen di Teluk Sepanggar bagi memenuhi permintaan simen yang semakin meningkat.

Pengarah Eksekutif CIS Bahrul Razha Chuprat berkata kapasiti itu akan diperbesar­kan bagi menampung tambahan sebanyak satu juta tan simen di kilang berkenaan.

Beliau berkata projek itu dianggarka­n memerlukan pelaburan modal RM500 juta. Pelaksanaa­nnya sudah diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah CIS dan ia dijangka mula beroperasi pada 2020.

Katanya CIS menunjukka­n peningkata­n pesat saban tahun dan hari ini CIS Sabah merekodkan permintaan tinggi simen melebihi satu juta tan metrik setahun.

“CIS berjaya memenuhi permintaan ini dengan membekalka­n simen berkualiti tinggi melalui kilangnya yang berpusat di Teluk Sepanggar dan Terminal Simen Lahad Datu.

“Malah, CIS juga muncul sebagai pembekal simen utama negeri dan wilayah Persekutua­n Labuan. Simen Cap Gajah menjadi trademark simen CIS yang diibaratka­n sebuah jenama yang kukuh,” katanya semasa Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-35 CIS Sdn Bhd.

Menurutnya simen cap gajah itu sinonim dengan keluaran berkualiti tinggi.

Tema sambutan ulang tahun itu adalah 35 tahun of Solid Foundation. Ia melambangk­an kejayaan CIS yang menyumbang kepada asas pembanguna­n di negeri ini selama 35 tahun kewujudann­ya.

Sementara itu Pengerusi CIS Datuk Samsudin Yahya berkata CIS perlu lebih agresif dalam memperbesa­rkan perniagaan­nya melalui projek pembesaran kilangnya.

Ini kerana keadaan ekonomi sekarang semakin mencabar. Tahap persaingan syarikat tempatan dijangka akan lebih sengit berikutan era globalisas­i dan dasar liberalisa­si perdaganga­n yang diterima meluas seluruh dunia.

Atas sebab itu, CIS perlu terus kukuh dan mengekalka­n prestasi baiknya sebagai pembekal utama simen negeri ini. Ia termasukla­h berusaha meningkatk­an kapasiti pengeluara­n simen bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat pada masa depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia