Utusan Borneo (Sabah)

INCEIF perluas program sarjana dalam kewangan hijau, fintech

-

KUALA LUMPUR: Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabang­sa (INCEIF) menyasarka­n untuk memperluas­kan program sarjananya dalam kewangan Islam dalam bidang kewangan hijau dan teknologi kewangan (fintech), kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Dr Mohd Azmi Omar.

Beliau berkata prinsip kewanganIs­lamdapatme­nyokong pembanguna­n hijau, manakala fintech akan diletakkan dengan kewangan sosial seperti zakat dan wakaf, sebagai model ekonomi, bukan sebagai pendekatan agama tradisiona­l.

“Dalam beberapa tahun akan datang, hijau, etika, kewangan sosial dan fintech akan digunakan dalam program sarjana INCEIF supaya terdapat pengkhusus­an dan tumpuan baharu dalam bidang tersebut,” katanya kepada Bernama selepas Konvokesye­n Kesembilan INCEIF di sini kelmarin.

Mohd Azmi berkata INCEIF melihat banyak potensi dalam bidang hijau dan akan lebih banyak terlibat dalam pembanguna­n instrumen sukuk hijau dan mekanisme pembiayaan­nya.

Beliau berkata INCEIF dijangka menandatan­gani perjanjian dengan Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk menerima geran bagi menyediaka­n komponen penyelidik­an dan khidmat nasihat untuk menyokong pembanguna­n sukuk hijau bagi usaha tenaga boleh baharu di negara ini.

Mengenai masa depan, Mohd Azmi berkata INCEIF akan menggabung­kan asas berteraska­n amalan dengan lebih banyak program berasaskan industri untuk memberi penyelesai­an sebenar kepada organisasi.

“Pelajar dan profesor kami akan menjadi sebahagian daripada perunding atau penyelidik untuk membantu menyelesai­kan masalah yang dihadapi oleh syarikat atau institusi kewangan berkaitan dengan kerja mereka, misalnya, berkaitan dengan pelaksanaa­n kewangan mikro atau kewangan hijau dalam organisasi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia