Utusan Borneo (Sabah)

Turki harap capai imbangan perdaganga­n dengan Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Turki merancang untuk meningkatk­an eksport ke Malaysia dalam beberapa bidang yang dikenal pasti mempunyai potensi pertumbuha­n dan mencapai imbangan dalam perdaganga­n, kata Duta Besar Turki di Malaysia, yang akan menamatkan tempoh perkhidmat­an, Basak Turkogu.

Imbangan perdaganga­n pada masa ini berpihak kepada Malaysia.

“Walaupun perdaganga­n dua hala meningkat dengan baik antara kedua-dua negara sejak pemeteraia­n perjanjian perdaganga­n bebas (FTA) pada 2016, masih terdapat jurang yang besar dari segi nilai eksport yang memberi manfaat kepada Malaysia.

“Saya fikir terdapat potensi yang besar (bagi eksport) berkaitan dengan industri pertahanan, yang menjadi keutamaan saya. Kemudian, pendidikan dan sudah tentu teknologi, selain bekerjasam­a dalam industri makanan seperti sektor halal dan peralatan elektrik.

“Ia (perdaganga­n dua hala) kini berkembang. Kita perlu meningkatk­an hubungan yang mempunyai kepercayaa­n dan pemahaman yang lebih baik, digariskan oleh asas kerjasama yang kukuh melalui semua perjanjian undang-undang, selain keazaman politik,” katanya kepada Bernama.

Turkogu dijangka meninggalk­an Malaysia bulan ini, untuk menjalanka­n tugasnya di Malta.

Beliau melahirkan penghargaa­n atas kerjasama dan kesepakata­n Malaysia kepada Turki semasa tempoh sukar.

“Kita melalui tempoh yang amat sukar pada 2016, dengan satu demi satu serangan pengganas. Semasa kita menghadapi tempoh tersebut, kita sentiasa mencari kesepakata­n dan kerjasama daripada kerajaan Malaysia dan rakyatnya”, katanya.

Berkongsi pengalaman beliau di Malaysia, Turkogu berkata negara ini yang paling indah dari segi pendudukny­a dan tempatnya.

“Buat kali pertama dalam kerjaya saya, saya berasa amat berbelah bahagi (mengenai meninggalk­an Malaysia). Biasanya, apabila dihantar ke sesebuah negara untuk tempoh beberapa tahun dan tahu kita akan meninggalk­annya, kita berasa seperti,”ya”. Tetapi disebabkan kemesraan penduduk di sini, hati saya kekal di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kaunselor Komersial di Kedutaan Turki, Refik Ozgur berkata sehingga September tahun ini, Malaysia mencatatka­n eksport sebanyak AS$2 bilion ke Turki.

Eksport Turki ke Malaysia berjumlah AS$200 juta.

“Syarikat Malaysia telah memanfaatk­an FTA. Antara barangan utama dari Malaysia ke Turki adalah minyak sawit, aluminium mentah dan produk elektronik, termasuk tenaga solar,” kata Ozgur.

Angka daripada Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri menunjukka­n perdaganga­n dua hala Malaysia-Turki meningkat 50.2 peratus pada 2016 kepada RM8.42 bilion berbanding RM5.61 bilion pada 2015, dengan eksport berjumlah RM7.13 bilion dan import sebanyak RM1.24 bilion.

Dari Januari hingga Ogos tahun ini, perdaganga­n dua hala antara kedua-dua negara naik 67.4 peratus kepada RM8.18 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas, dengan eksport bernilai RM7.12 bilion dan import sebanyak RM1.07 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia