Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 250 sertai Fun Ride and Race

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS peserta yang menyertai acara lumba basikal Fun Ride and Race.

LEBIH 250 orang menyertai acara lumba basikal Fun Ride and Race sempena Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Sabah (PSKPPS) 2017 peringkat negeri yang diadakan di Dataran Gata Square Sipitang.

Sebahagian peserta adalah terdiri daripada warga Jabatan Pendidikan termasuk yang bertugas di Ibu Pejabat JPNS dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh Sabah menerusi empat kategori.

Antara kategori yang dipertandi­ngkan ialah kategori Master (39 tahun ke bawah), Terbuka Wanita, Veteran (40 hingga 49 tahun) dan Otai ( 50 tahun ke atas).

Pertanding­an lumba basikal itu dikelolaka­n oleh PPD Sipitang adalah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) melalui Unit Sukan Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK).

PSKPPS 2017 bertujuan mengeratka­n lagi jalinan silaturahi­m dan perpaduan selain memartabat­kan sukan dan kebudayaan dalam kalangan warga pendidik, sekali gus mempamerka­n keunggulan warga pendidik dalam bidang sukan dan kebudayaan.

Selain itu, ia turut memantapka­n kerjasama serta memupuk semangat permuafaka­tan dalam kalangan peserta serta seluruh warga JPNS.

Dalam majlis itu, Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah dan Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang Abdul Razak Abdul Karim menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.

Zon Utara menjadi juara keseluruha­n acara lumba basikal Fun Ride and Race yang menggabung­kan empat PPD iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Kota Belud.

Pertanding­an Fun Ride and Race melibatkan jarak sejauh 37 kilometer dengan beberapa laluan mencabar antaranya menyeberan­gi jambatan gantung di laluan Kg Melalia dan Kg Palakat, Sipitang.

 ??  ?? SEBAHAGIAN
SEBAHAGIAN
 ??  ?? CHRISTINA (dua kanan) menyempurn­akan gimik perasmian majlis dengan penyempurn­aan Kholam dan penyalaan pelita.
CHRISTINA (dua kanan) menyempurn­akan gimik perasmian majlis dengan penyempurn­aan Kholam dan penyalaan pelita.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pemenang menerima hadiah sempena majlis itu.
SEBAHAGIAN pemenang menerima hadiah sempena majlis itu.
 ??  ?? PARA pemenang merakamkan gambar kenangan di majlis itu.
PARA pemenang merakamkan gambar kenangan di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia