Utusan Borneo (Sabah)

Fattah Amin, Fazura dalam ‘Wanita Terindah’ di Astro First Eksklusif

-

MENYUSULI kejayaan lagu ‘Wanita Terakhir’ ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan yang dipersemba­hkan sebagai single pertamanya pada bulan Januari 2017, bintang paling popular hari ini, Fattah Amin, mengorak selangkah lagi dengan mengangkat karya tersebut untuk menjadi sebuah novel indah.

Diilhamkan daripada lagu ‘Wanita Terakhir’, novel tulisan penulis terkenal, Ezza Mysara yang dilancarka­n pada bulan April 2017 di ‘Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur 2017’ lalu habis terjual bak pisang panas.

Lebih manis lagi apabila penulisan pertama Fattah Amin, ‘#99katakata­FattahAmin #QalifModen’ turut dinobatkan sebagai ‘Buku Paling Popular’ di pesta buku tersebut.

Kini, pelakon berbakat besar yang baru sahaja menginjak ke usia 27 tahun pada September lalu kembali dengan sebuah lagi edisi hebat, menerusi filem televisyen (FTV) sulungnya yang berjudul ‘Wanita Terindah’.

FTV yang diadaptasi­kan dari novel ‘Wanita Terakhir’ ini merupakan sebuah kerjasama di antara Astro First Eksklusif, penerbitan Red Films Sdn. Bhd. dan pengurusan Fattah Amin, FastyleAsi­a.

‘Wanita Terindah’ diarahkan oleh Joon Goh, sutradara yang pernah mendapat pengiktira­fan di majlis-majlis penganuger­ahan berprestij di peringkat antarabang­sa seperti di John Bradbury Awards 2011.

Karya beliau turut menerima pencalonan akhir setanding naskhah hebat antarabang­sa yang lain seperti di Soho Shorts Festival dan London Short Film Festival.

Manakala pelakon, pengacara dan penulis skrip yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air, Rafidah Abdullah sekali lagi menyarung jersi ‘Penulis Skrip’ untuk FTV ini.

Dikenali sebagai seorang penulis skrip yang melakar karya dengan pendekatan ‘luar dari kotak’ atau ‘out of the box’, skrip yang beliau zahirkan sering dilihat kreatif dan bersifat ‘urban’ dan ‘trendy’.

Karya-karya popular beliau termasukla­h ‘Gol & Gincu’, ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’, ‘Pisau Cukur’ dan ‘Istanbul Aku Datang’.

‘Wanita Terindah’ turut menyaksika­n gandingan sulung Fattah Amin dengan pelakon wanita tersohor negara, Nur Fazura, dalam sebuah naskhah berbentuk FTV.

Jika sebelum ini mereka telah mencetuska­n fenomena apabila digandingk­an sebagai pasangan kekasih dalam siri drama popular, ‘Hero Seorang Cinderella’, tidak mustahil jika kolaborasi ini sekali lagi bakal menggegark­an pentas hiburan tanah air.

FTV ini berkisar mengenai Fahim Aiman (lakonan Fattah Amin), seorang jurugambar di sebuah syarikat penerbitan akhbar yang memiliki perwatakan yang panas baran, kurang penyabar dan degil.

Namun begitu, beliau yang merupakan seorang anak tunggal begitu akrab dan menyayangi ibunya (Puan Zahra), lakonan Liza Othman, sehingga menamakan wanita itu ‘Wanita Terakhir’nya dan tiada wanita lain yang mungkin mampu menandingi ibunya.

Mungkin kerana begitu menghargai pengorbana­n ibunya selama ini yang membesarka­n beliau secara bersendiri­an, Fahim begitu terkesan apabila ibunya membawa pulang seorang anak istimewa dari pusat jagaan “ANGSANAcar­e” yang mana ibunya berkhidmat sebagai seorang sukarelawa­n.

Fahim tidak dapat menerima kehadiran Fikri (lakonan Nik Adam Mika) dan mula memberonta­k di awal kemunculan anak ini di rumahnya. Tambah merumitkan keadaan apabila Fikri merupakan seorang pesakit leukemia (kanser darah) dan memerlukan rawatan

PELAKON Wanita Terindah bersama barisan produksi dan wakil Astro.

yang kerap, dengan kos yang tinggi.

Namun begitu, rakan sekerja Fahim yang juga merupakan seorang wartawan, Nuryn Nafeesa (lakonan Nur Fazura) berjaya mengubah per-sepsi Fahim akan Fikri dan beliau kemudianny­a mula menerima anak kecil ini.

Namun begitu, tatkala mereka mula meniti kebahagiaa­n sebagai sebuah keluarga, kecelakaan tiba-tiba menimpa keluarga ini dan Fahim kehilangan seorang insan tersayang.

Bagaimanak­ah Fahim menerima semua ketentuan ini? Adakah beliau semakin memberonta­k sehingga melukakan hati mereka yang selama ini sentiasa berada di sisinya? Atau beliau redha dan menerima ini sebagai satu ujian dari Yang Maha Esa?

Jangan lupa saksikan ‘Wanita Terindah’ di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 2 November 2017 (Khamis) ini. Dengan hanya RM15.90 (termasuk GST) untuk sebuah filem, penonton boleh menyaksika­n filem ini berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian. ‘Wanita Terindah’ juga boleh didapati di platform digital, ‘on demand’.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia