Utusan Borneo (Sabah)

Cari jalan tarik kembali anak S’wak di perantauan

Yayasan Sarawak perlu punyai data lengkap agar k’jaan dapat mengetahui platform kerjaya diperlukan

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan mencari jalan penyelesai­an untuk menyediaka­n platform kerjayabah­arubagimen­arik anak Sarawak yang bekerja di luar negara kembali semula ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, untuk itu Yayasan Sarawak perlu mempunyai data lengkap mengenai anak Sarawak yang pernah menerima biasiswa pendidikan daripada badan tersebut yang bekerja di luar negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Jelasnya, data itu penting agar kerajaan negeri dapat mengetahui platform kerjaya yang diperlukan supaya ia dapat diwujud di negeri ini sekali gus menarik mereka untuk kembali menyumbang­kan bakti kepada pembanguna­n Sarawak.

“Kebanyakan penerima Anugerah Khas (Ketua Menteri Sarawak dari Yayasan Sarawak) kita bekerja di luar Sarawak dan ini bermakna peluang kerjaya adalah kurang di negeri ini.

“Maka itu, kita perlu mencari penyelesai­an mengenai perkara ini dengan memberi peluang, platform ekonomi dan sosial yang lebih maju supaya mereka dapat menggunaka­n pengetahua­n yang mereka perolehi untuk menyumbang kepada pembanguna­n Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaia­n Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Ke-25 di Dewan Santapan, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, barubaru ini.

Tambah Abang Johari, peringkat pembanguna­n yang ada di sini pada masa ini mungkin belum menjadi platform bagi anak Sarawak yang bekerja di luar negara kembalidan­membantuda­lam pembanguna­n negeri.

“Dengan ini, saya harap perjalanan kita dalam pembanguna­n ekonomi digital dapat mengembang­kan hasil serta peluang ekonomi yang lebih maju supaya anak Sarawak DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri yang berjaya di luar sana dapat kembali dan menyumbang kepada keperluan dalam pembanguna­n yang sedang berlaku di negeri kita,” tegasnya.

Mengenai majlis itu, beliau memberitah­uAnugerahK­has Ketua Menteri Sarawak Ke25 merupakan majlis penting selari dengan sambutan jubli perak penganjura­nnya.

Menurutnya, ia membuktika­n kejayaan Yayasan Sarawak dalam memainkan peranan mereka membantu anak tempatan berjaya dalam bidang pendidikan.

“Maka itu, kita perlu mencari penyelesai­an mengenai perkara ini dengan memberi peluang, platform ekonomi dan sosial yang lebihmajus­upayamerek­adapatmeng­gunakan pengetahua­n yang mereka perolehi untuk menyumbang kepada pembanguna­n Sarawak. ”

 ??  ?? ABANG JOHARI ditemani Uggah, Awang Tengah dan Azmi merakam kenangan bersama penerima Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Ke-25.
ABANG JOHARI ditemani Uggah, Awang Tengah dan Azmi merakam kenangan bersama penerima Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak Ke-25.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia