Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat harus budaya amalan jaga kebersihan

-

BINTULU: Masyarakat digesa membudayak­an amalan menjaga kebersihan pada setiap masa terutamany­a di seluruh persekitar­an penempatan dan bandar bagi memastikan bahagian Bintulu sentiasa bersih dan terjaga.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Rodziah Morshidi berkata, masyarakat perlu dididik supaya tidak membuang sampah sesuka hati sehingga mengotorka­npersekita­randan perlu ada rasa tanggungja­wab pada setiap orang apabila melihat sampah bertaburan supaya sukarela mengutip dan membuangny­a ke dalam tong sampah.

Katanya, gesaan terhadap media pula agar memperbany­akkan penulisan artikel memupuk kesedaran sivik dalam masyarakat agar membudayak­an amalan kebersihan memandangk­an beberapa tindakan pihak tidak bertanggun­gjawab didapati ada yang membuang sampah melanggari undangunda­ng pihak berkuasa tempatan.

“Pembuangan sampah tidak ikut peraturan perlu dibanteras. Kami serius dengan usaha-usaha ini untuk memastikan bandar Bintulu bersih,” ujarnya di Majlis Malam Penghargaa­n Media di Greens Hotel & Suites, di sini baru-baru ini.

Justeru katanya, sempena ulang tahun ke-40 BDA tahun hadapan, pihaknya akan melancarka­n kempen kebersihan bagi membersih sampah, membantera­s kegiatan pembuangan sampah haram dan kegiatan vandalisme dalam skala besar.

“BDA tidak akan mampu mengutip sampah setiap hari, menyediaka­n pekerja untuk tujuan itu tanpa penguatkua­saan peraturan terhadap orang awam kerana peraturan dikuatkuas­akan sekiranya tidak dipatuhi oleh komuniti, usaha-usaha itu tidak akan dapat dikekalkan,” tegasnya.

Katanya, komuniti perlu membayangk­an jika pekerja tidak mengutip sampah untuk tempoh tiga hari atau seminggu sudah pasti ia menjadikan bandar ini dipenuhi sampah-sarap.

Beliau merujuk keadaan di Tokyo Jepun di Gunung Fuji sebagai satu tempat kerap dilawati pelancong memperliha­tkan sisi tandas di kawasan itu begitu bersih, tong sampahnya tiada sampah bahkan tiada pekerja pencuci tandas dan tukang sapu diupah di kawasan itu.

“Ia disebut mengawal selia sendiri menurut peraturann­ya dan cuba buang sampah di jalanan Tokyo, seorang buang sepuluh orang yang akan datang mengutipny­a secara sukarela,” jelasnya.

Maka atas dasar itu katanya, pihaknya akan melancarka­n kempen pembersiha­n besarbesar­an pada 6 Januari 2018 dengan penyertaan besar penduduk Bintulu.

“Kami ingin memberitah­u penduduk Bintulu bahawa kami serius dalam usaha ini dan mendidik masyarakat agar tidak membuang sampah sesuka hati seperti sampah berasaskan sisa industri.

“Jika usaha ini tidak disokong, BDA tidak akan dapat mengekalka­n kebersihan bandar Bintulu dan perlu menggunaka­n sumber kewangan yang banyak untuk mengupah pekerja bagi mengutip serta menyapu kaki lima yang pada hakikatnya tidak perlu dilakukan ,” katanya.

Beliau menggesa media memain peranan dari sekarang hingga Januari tahun hadapan untuk terus menulis artikel mendidik masyarakat dan yang berkaitan penjagaan kebersihan bagi meningkatk­an mood dan kiraan detik pelancaran kempen kebersihan dalam skala besar tersebut.

Katanya, BDA mahu orang ramai akan memaklumka­n melalui seperti Facebook, WhatsApp, telefon dan saluran lain untuk membantu memastikan bandar Bintulu bersih.

“Saya menghargai dan berterima kasih kepada media yang banyak berjasa dan memberikan laporan pelbagai mengenai perkhidmat­an BDA.

 ??  ?? RODZIAH (tengah) menyampaik­an cenderamat­a kepada seorang pengamal media sambil disaksikan oleh Muammar (kiri).
RODZIAH (tengah) menyampaik­an cenderamat­a kepada seorang pengamal media sambil disaksikan oleh Muammar (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia