Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat harus sentiasa peka terhadap jenayah

-

SIBU: Masyarakat harus sentiasa peka terhadap jenayah yang berlaku di persekitar­an masing-masing supaya tindakan wajar dapat diambil demi keselamata­n bersama.

Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Ho Kok Munting berkata kerjasama erat dengan pihak penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) memainkan peranan penting dalam usaha memerangi jenayah.

Menurutnya, secara umumnya apabila penduduk bertambah kadar dan kejadian jenayah juga meningkat.

“Jenayah terbahagi kepada tiga kategori melibatkan mangsa seperti pembunuhan, rogol, penculikan, menyerang dan memukul seseorang. Kategori jenayah harta benda seperti rompakan, rasuah, penipuan, pecah rumah dan sebagainya.

“Manakala kategori jenayah melibatkan masyarakat seperti perjudian, pelacuran, penyalahgu­naan dadah dan sebagainya,” katanya mewakili Pengerusi MDLBS, Kaunselor Sempurai Petrus merasmikan Program Kesedaran Jenayah 2017 di sini, pada Sabtu.

Ho menyifatka­n penganjura­n program kesedaran tersebut amat bertepatan sekali memandangk­an Sibu Jaya merupakan bandar baharu pesat membangun.

Beliau memberitah­u premis komersil, rumah kedai baharu dan kawasan perumahan juga semakin bertambah di Sibu Jaya.

“Akibatnya, jumlah penduduk kini semakin bertambah dengan jumlah penduduk di bandar baharu Sibu Jaya kini mencecah 30,000 orang,” ujarnya.

Seramai 200 murid-murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Thian Hua mengambil bahagian pada program kesedaran jenayah itu.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, DSP Chung Aik Peng dan Ketua AADK Daerah Sibu, Mohd Fadzil Johari telah menyampaik­an ceramah pada program tersebut.

 ??  ?? CHUNG menyampaik­an ceramah pada Program Kesedaran Jenayah 2017 di Sibu.
CHUNG menyampaik­an ceramah pada Program Kesedaran Jenayah 2017 di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia