Belia perlu lebih proaktif sertai program tingkat kemahiran diri
KUCHING: Belia perlu lebih proaktif menyertai program yang boleh meningkatkan kemahiran diri agar mudah mencari peluang pekerjaan yang ada dalam pasaran kerja.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simunjan Awla Dris berkata, golongan itu tidak seharusnya hanya bergantung kepada tawaran kerajaan, sebaliknya berusaha mencari peluang yang ada.
Menurutnya, kemahiran yang ada dalam diri perlu diasah dan dilatih sebaiknyabaiknya dengan menyertai apa jua program yang dianjurkan sama ada dari institusi pengajian tinggi, agensi swasta mahupun badan bukan kerajaan (NGO)
“Jika kita mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu, secara langsung ia membuka banyak peluang untuk kita mendapatkan pekerjaan yang ada dalam pasaran selain memberi nilai tambah untuk menjana pendapatan sendiri.
“Justeru, saya sarankan belia terutama dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan merebut peluang dengan menyertai apa jua program mahupun aktiviti yang dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran diri masingmasing,” ujarnya
Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan majlis program ‘Community Outreach’ Kolej Komuniti Mas Gading sempena ‘Juh Berambeh Simunjan Tahun 2017’ di Simunjan, barubaru ini.
Kira-kira 50 belia dalam konstituensi DUN Simunjan menyertai program itu dengan matlamat untuk menyebar luas ilmu pengetahuan dan kemahiran kepadamasyarakatmenerusi program anjuran Kolej Komuniti.
Kata Awla, program mahupun kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti itu merupakan salah satu contoh untuk belia memperlengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran.
“Terdapat banyak kursus yang disediakan oleh kolej komunti ini, antaranya kursus kraf tangan, jahitan, solekan, keusahawanan dan sebagainya,” katanya.