Utusan Borneo (Sabah)

Beri sokongan penuh jaya program ‘BB Love Box’

Program murni membantu golongan memerlukan menerusi sumbangan amal

- ‘BB Love Box 2017’

KUCHING: Orang ramai termasuk agensi korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran memberi sokongan penuh program

bagi membantu golongan sasar di Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menyifatka­n program itu bagus kerana dapat membantu golongan memerlukan menerusi sumbangan amal orang ramai.

“Sudah enam tahun program anjuran 2nd Kuching Company Boys’ Brigade ini diperkenal­kan dan dalam tempoh itu, saya difahamkan ia telah mendapat respons yang amat baik.

“Justeru, saya harap untuk program kali ini, kita boleh mengumpul kira-kira 6,000 sumbangan ikhlas orang ramai termasuk agensi korporat dan NGO negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis ‘BB Love Box 2017’ di Kompleks Beli-Belah Vivavcity di sini, pada Sabtu, yang turut dihadiri oleh Kapten 2nd Kuching Company Boys’ Brigade, Sim Tze Sian.

Fatimah berkata, memberi sumbangan derma merupakan peluang sempurna bagi meringanka­n beban orang miskin dan kurang bernasib baik.

“Dengan sumbangan itu, ia dapat membantu membangun kualiti modal insan terutama belia supaya menjadi masyarakat prihatin dan penyayang,” katanya.

Tahniah dan syabas kepada 2nd Kuching Company Boys’ Brigade kerana mengadakan program sedemikian yang pada masa sama, DATO SRI FATIMAH ABDULLAH

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

“Sudah enam tahun program anjuran 2nd Kuching Company Boys’ Brigade ini diperkenal­kan dan dalam tempoh itu, saya difahamkan ia telah baik.” mendapat respons yang amat

membantu kerajaan menolong orang yang amat memerlukan di negeri ini, kata beliau lagi.

Terdahulu, Sim Tze Sian dalam ucapannya mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada orang ramai

Menurut beliau, sumbangan derma yang diberi akan diagihkan kepada golongan kurang berkemampu­an terutama warga emas dan pelajar sekolah di luar bandar termasuk badanbadan kebajikan lain di negeri ini.

“Tahun lalu, kami berjaya mengumpul lebih 5,000 sumbangan daripada orang ramai. Berdasarka­n rekod itu, kami yakin akan dapat mengumpul 5,000 hingga 6,000 sumbangan ikhlas orang ramai untuk tahun ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an derma atau sumbangan boleh mengunjung­i gerai khas (koleksi) yang telah disediakan di Kompleks BeliBelah Vivacity, Crown Square dan Cityone.

 ??  ?? FATIMAH bersama Sim (dua dari kanan) merasmikan program Vivacity, Kuching. di Kompleks BeliBelah
FATIMAH bersama Sim (dua dari kanan) merasmikan program Vivacity, Kuching. di Kompleks BeliBelah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia